Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 Februari 2012

Najib sertai Thaipusam perlu fatwa jelas, telus

Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.


Baginya, ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali juga harus menyatakan pendirian jika benar mendakwa dirinya pembela akidah umat Islam.



"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Gombak, hari ini.
.
Sehubungan itu ujarnya, bagi mengelakkan perkara yang menjejaskan akidah itu berulang, mufti-mufti perlu mengeluarkan fatwa yang jelas dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Pemuda PAS tidak bersama Hasan

Sementara itu, katanya Hasan bebas melakukan apa sahaja dan tidak perlu diambil peduli lagi oleh parti kerana beliau bukan lagi ahli PAS.

Beliau berkata, terserah kepada Hasan untuk memilih cara yang sesuai bagi mempertahankan Islam seperti yang didakwanya.

Namun DPPM tegasnya, tidak lagi bersama Hasan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mendakwa Dewan Pemuda PAS berada di belakang dan menyokong tindakan-tindakan diambil Hasan.

Beliau juga menafikan dakwaan Hasan bahawa PAS sudah terpesong daripada perjuangan asal.

"PAS khasnya dan Pemuda amnya sejak awal konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

"Kita tak pernah lari sebagaimana yang didakwa (Hasan) cuma apa yang berlaku, kita memperhalusi pendekatan dan memperbaharui tindakan yang sesuai dengan suasana yang ada pada hari ini. Itu perkara biasa," katanya.-Hrkhdly

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...