Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Ogos 2010

Toe - Tidak Pernah Berhasrat Mencemarkan Kesucian Islam

Sedia Mohon Maaf, Toe Jernihkan Keadaan & Tohmahan

Sekalipun tidak pernah berhasrat mencemar kesucian Islam apabila memasuki bahagian dalam surau al-Huda di Kajang Central, Ahli Parlimen Serdang, Toe Nie Ching tidak keberatan membuat permohonan maaf jika tindakannya meresahkan umat Islam di negara ini.
.
Di sebalik percaya peristiwa itu dipersenda pihak tertentu atas matlamat politik, beliau sedia menjernihkan keadaan dan mengindar perasaan kurang senang sekali gus mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam.

Dengan merendahkan diri dan bersikap beralah, beliau sedia memberi penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung peritiwa berkenaan.

Dalam kenyataan media, Teo Nie Ching menjelaskan tujuan beliau ke surau Al Huda adalah untuk menghulurkan sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki surau dan menyertai program berbuka puasa.


“Pada Ahad 22 Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang untuk menghulurkan bantuan berbentuk memperbaiki pagar surau dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

"Oleh kerana saya dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor , Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor murka dan dukacita terhadap tindakan Teo Nie Ching itu memberi ucapan dalam surau berkenaan.

Bagaimanapun, kemurkaan baginda bukan dititahkan baginda sendiri sebaliknya disampaikan Pengerusi Mais, sebuah badan agama yang diketahui umum, berkait rapat dengan kerajaan persekutuan.

Apapun, Teo Nie Ching kesal kerana kejadian itu sengaja dihangatkan pihak tertentu untuk tujuan politik sedangkan hasratn bertandang ke rumah ibaadat sebuah agama yang bukan anutannya, berniat murni.

“Saya menyesal bahawa perkara ini menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan pihak tertentu atas sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan,” katanya.

Sungguhpun begitu, beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan supaya tindakannya itu tidak mudah dimanipulasi pihak tertentu.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.-TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...