Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

22 Ogos 2010

Dalam Sistem Pendidikan, Malaysia Masih Dibelakang Singapura

Sistem Pendidikan Singapura  10 Tahun Tinggalkan Malaysia - Dr Dzulkifly
Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

“Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.


Beliau menegaskan disamping pengurusan kewangan yang efisyen, negara perlu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dengan keinginan yang tinggi untuk bersaing.

Dr Zulkifli yakin berkata, jika agensi- agensi yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dan peranan masing- masing,
Malaysia mampu menandingi republik itu.

“Kalau negara ini diurustadbir dengan baik seperti Suruhanjaya Pencecahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sistem kehakiman dna lain- lain berfungsi secara bebas dan berwibawa, saya yakin kita mampu takluk negara disebelah tambak sana,” kata DR. Dzulkifly.

Beliau menambah, apa yang penting kini bukanlah mendabik dada mengumumkan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun seperti yang
dilakukan perdana menteri najib razak.

Apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat diutamakan.

“Apa gunanya angka pertumbuhan ekonomi dicatat tinggi tapi kalau 40 peratus dari rakyat bependapatan kurang 1500 kebawah ?. Apakah kualiti kehidupan rakyat ? Dari segi kesihatan, perumahan, dari segi perkara asa yang lain seperti bekalan air bersih,” ujarnya lagi.

“Bila lihat pengagihan yang sebenar, berlaku jurang yang terlalu melebar,” tambahnya.

Dr Zulkifli berkata, singgapura bernasib baik kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa meskipun rebublik itu mengamalkan pentadbiran kuku besi.

Namun, lain pula dimalaysia. Meskipun gah diwar- warkan Malaysia adalah negara demokrasi hakikatnya sektor- sektor kritikal masih dikuasai oleh juak- juak tertentu yang tidak ikhlas berkongsi dengan rakyat.

“Ini polisi Pakatan Rakyat. Ini polisi BN. Ini kepimpinan BN. Ini kepimpinan Pakatan Rakyat. Jadi berlaku persaingan polisi. Akhir sekali rakyat yang akan nilai dan buat keputusan. Maka mereka akan lakukan perubahan itu,” akhirinya.- TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...