KUANTAN, 24 Jun - Baru-baru ini, satu Kuantan dihebohkan dengan berita kehadiran "Raja Sesumpah" iaitu "Petualang Rakyat" si Ezam Md Noor. Apa tidaknya, poster dan banner kehadiran "Yang Berhormat Senator" itu telah diletakkan di merata tempat, hingga orang ramai di sini terkejut dan teruja untuk menanti kehadiran beliau itu. Ezam dikatakan akan hadir ke satu Ceramah Umum di Dewan Serbaguna Balok dekat sini bersama "musuh ketatnya dulu iaitu Lokman Noor Adam" untuk "membongkar rahsia" jika dilihat kepada tulisan yang tertera di kain rentang itu. Maka, rakyat dari pelbagai kaum sibuk memperkatakan tentang kehadiran Mamat Ezam itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah rahsia yang ingin dibongkarkan oleh Ezam agaknya. Apakah beliau akan mendedahkan "kotak-kotak rahsia" yang disimpannya selama ini. Atau beliau mahu membeli kotak-kotak kosong daripada orang ramai untuk diisikan dengan fail-fail rasuah pemimpin UMNO BN. Maka, tarikh yang dinantikan pun tiba iaitu tanggal 16 Jun 2010. Krew kami telah pergi meninjau ke lokasi yang dinyatakan. Berdasarkan kepada promosi besar-besaran yang dilakukan, kami menjangkakan ceramah umum Ezam itu akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat. Tambahan pula beliau baru sahaja bergelar "Yang Berhormat" selepas mendapat anugera "Senator Cap Ayam" dengan izin yang dberikan oleh Najib Razak itu. Sangkaan kami jauh sekali meleset, sungguh menakjubkan apabila Ezam yang suatu ketika dulu dikatakan jelmaan Anwar yang berjaya menghimpun ribuan rakyat untuk mendengar ceramahnya kini sudah "tidak laku lagi". Hanya ada sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar "kelentong sesumpah" ini. Itu pun terdiri dari kalangan pemuda UMNO yang dikerahkan hadir selepas Ezam menjengok program mereka sebelah petang itu. Tidak langsung kelihatan peniaga gerai ditepi jalan seperti kebiasaannya.
Inilah dia antara kain rentang promosi ceramah si Ezam itu
Malah, orang ramai juga disediakan dengan makanan secukupnya oleh pihak penganjur. Maka Ezam dan Lokman pun berkokoklah mendedahkan satu persatu "rahsia Anwar" yang mereka simpan sejak sekian lama. Anehnya, Lokman tidak pula mendedahkan "rahsia Ezam" ketika dia dipecat dari UMNO dulu. Nyata, Lokman sedikit pun tidak mendedahkan rahsia "pecah amanah Ezam terhadap duit AMK Keadilan" seperti yang dilakukan pada tahun 2004 di Masjid Negara dulu. Lokman juga tidak mencabar Ezam menjawab segala pendedahan yang dilakukan terhadapnya dulu. Umum masih ingat Lokman dengan bangganya membuat sidang media di Masjid Negara dengan mencabar Ezam supaya bersumpah dia tidak menyelewengkan duit AMK ketika itu. Lokman juga menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan tersebut. Namun kini mereka berdua menjadi "kamcing" semula selepas "menjual maruah dan harga diri" untuk kembali bersama UMNO. Segala bukti-bukti yang disimpan oleh Lokman tentang Ezam dirahsiakan pula. Apa yang didedahkan mereka ialah rahsia-rahsia lama yang dialunkan kembali untuk menyedapkan halwa telinga pendengar. Maka, terhiburlah juga orang ramai tatkala mendengar "lawak bodo" Ezam itu. Program berakhir lebih awal, kerana kedua-dua "mangkuk hayun" itu malu melihat kehadiran yang amat "mengerikan mata" mereka. Tahniah kepada Lokman dan Ezam kerana berjaya menjadi "badut sarkas" di Pentas Pemuda UMNO Indera Mahkota Kuantan baru-baru ini.
[Teringat zaman kegemilangan Ezam ketika bersama Keadilan dulu. Beliau dianggap hero yang akan mengantikan Anwar jika mantan TPM itu sudah tiada lagi didunia ini. Ceramahnya sering dihadiri oleh puluhan ribu rakyat, malah penampilan dan gayanya yang mirip Anwar itu menyebabkan beliau amat disenangi serta diterima oleh rakyat. Kelantangan dan ketegasannya mengeluarkan hujjah serta pandangan amat bernas sekali dan berjaya menakutkan kawan serta lawan. Ezam dianggap pemimpin era baru yang akan mewarnai iklim politik negara. Ramai yang masih ingat ketika beliau membuat sumpah keramat anak muda di Temerloh dulu. Ucapannya memukau anak muda dan menyemarakkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan. Namun, kini Ezam sudah tidak laku lagi. Ideanya sudah tidak bernas dan pandangannya jelas sekalu kabur. Rakyat sudah tidak dapat menerima Ezam lagi, kini beliau umpama "tin kosong" yang menanti hari untuk dibuang ke dalam lubang sampah. Apapun Ezam masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Namun, apakah beliau rela kembali selepas dilantik ke jawatan tinggi dengan habuan puluhan ribu ringgit sebulan itu agaknya?. Maka, berakhirlah riwayat "seekor sesumpah laknat"]- pahangdaily
[