Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Oktober 2011

Strategi Umno jahilkan Melayu


GOMBAK: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Zul Noordin penyambung hayat atau mempercepatkan kepupusan Perkasa?

Pembelot parti PKR, Zulkifli Noordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, “anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja.”
Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain.  Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa.

Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam


Chua Soi Lek menghina Islam tapi dimana pemimpin-pemimpin UMNO.. dimana Perkasa dan Zulkefly Nordin yang dikatakan pembela Islam ? 


Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.


"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

29 Oktober 2011

Kes saman bapa Altantuya dilengahkan sebab politik- Sivarasa



Setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang  berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.
kuala Lumpur
- Biro Politik KEADILAN, R. Sivarasa mempersoalkan kes saman bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu  terhadap kerajaan yang masih belum dibicarakan.


Katanya, kes tersebut yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan ia sengaja dilengahkan kerana ada kepentingan politik.
“Kes ini sengaja dilengahkan diatas sebab-sebab politik dan jelas menunjukkan adanya tangan dibelakang yang sengaja dilambatkan kerana takut banyak isu dan fakta berkaitan (Abdul) Razak Baginda, (Datin Seri) Rosmah dan Najib akan dibuka semula dalam kes itu,”

Membazir: Upah orang asing naik imej Najib


Amat tidak adil jika Najib menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan UMNO



KUALA LUMPUR- Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.


"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan
imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC'


SEPANG 28 OKT : Sekumpulan aktivis Pakatan Rakyat diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.


Turut diserang krew TvSelangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.


Kumpulan lelaki tersebut menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan TvSelangor dalam kejadian itu.

Kabinet campurtangan, Ketua Audit Negara ditekan


Campurtangan kabinet dalam laporan Audit Negara hanya takut temberang UMNO diketahui rakyat 


Kuala Lumpur -Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam, yang mengatakan Ketua Audit Negara sepatutnya tidak menyerahkan laporan itu kepada kabinet kerana ia pihak yang mempunyai kepentingan

28 Oktober 2011

Kes mata lebam: Najib tahu salah laku Gani Patail


Perdana Menteri didakwa mengetahui peranan Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat memalsukan bukti siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dinyatakan bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Mat Zain, beliau bertemu secara peribadi dengan Najib pada Oktober 2008, yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

27 Oktober 2011

Najib ‘penakut’ sebab batal lawatan ke UIA, kata kumpulan pelajar

Najib ‘penakut’ sebab batal lawatan ke UIA, kata kumpulan pelajar
Kumpulan mahisiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mendakwa Perdana Menteri Najib Razak sebagai seorang penakut selepas beliau membatalkan lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada minit terakhir.


Menurut kepada beberapa portal berita, Najib terpaksa membatalkan lawatan ke UIA kerana beliau harus menghadiri majlis pengebumian Putera Mahkota Arab Saudi. Tetapi pemerhati politik percaya itu cumalah alasan untuk mengelakkan cemuhan daripada pelajar-pelajar, yang sudah bosan dengan pentadbirannya yang tidak kompeten dan perbelanjaan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarganya sendiri.

Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara

Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara

KUALA LUMPUR - Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan.


“Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.


Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...