Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

11 Jun 2011

Umno sanjung ulama hanya lakonan

Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.

10 Jun 2011

Menolak pentadbiran Islam - Dr Mahathir lebih berjaya dari Karpal

Aspan Alias
Dr Mahathir masih lagi hendak bercakap terlalu banyak dalam mempertahankan UMNO. Niat beliau mungkin ikhlas untuk mempertahankan UMNO kerana beliau adalah ahli UMNO. Tetapi kata-kata beliau mungkin membantutkan usaha UMNO untuk kembali mendapat penghormatan rakyat.

Beliau sudah agak pelupa orangnya dan banyak kali apa yang beliau kata terhadap musuh politiknya, itulah yang beliau lazim lakukan.

Dalam isu PAS dengan pembaharuannya selepas muktamar parti itu hujung minggu lepas Dr Mahathir telah mengatakan yang Karpal Singhlah yang berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam parti itu sedangkan parti itu hanya hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada negara kebajikan jika diberi mandat untuk memerintah. Itu adalah sebahagain besar dari pimpinan ciri Islam.

09 Jun 2011

Umno bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu- Dr Aziz Bari


 Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Malah menurut Aziz,  orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara.
“Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno.

Harga minyak, elektrik naik tapi Petronas untung RM241 bilion


Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus,  Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

08 Jun 2011

Mustahil PAS Kembali Bersama Umno

Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno Barisan Nasioanal selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya


Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.

Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib


Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.
Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

07 Jun 2011

PRU 13: Umno bawa masuk rakyat Kemboja pula?

Para pemimpin dan jentera PAS di semua peringkat diminta melakukan pemantauan rapi kemasukan beramai-ramai rakyat Kemboja ke negara ini secara berperingkat-peringkat kerana ia dipercayai dibawa masuk oleh Umno BN untuk tujuan politik.
Kemasukan mereka dikesan seramai 50 orang sehari dan berterusan hingga sekarang sejak lebih sebulan lalu melalui Kelantan dan selepas itu mereka didapati sudah tidak keluar lagi.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, mereka dibawa masuk melalui Rantau Panjang dan selepas itu tidak diketahui ditempatkan di mana, tetapi dipercayai disembunyikan oleh pihak Umno BN.

Dasar negara gagal, kerajaan pinggir kebajikan rakyat – Dr Abu Hassan

Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, banyak dasar negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, gagal mencapai matlamat.
Dalam masa yang sama, katanya, kebajikan rakyat terus dipinggirkan seperti langkah penarikan balik subsidi, sekaligus bertentangan dengan hasrat negara mencapai status negara maju.
“Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh ‘membunuh’ kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.
“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan.

Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya- Aziz Bari


Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen  Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.
Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti  kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.
“Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...