Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

08 Julai 2011

Bersih tetap ke Stadium Merdeka, kecewa dengan PM


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai ini namun pada masa yang sama, mereka berasa kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berdolak-dalih dengan janji mereka.

“Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.
“Bersih kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.

Hishammuddin Ingkar Titah Agong

Keenganan Putrajaya mengiktiraf perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, jelas menggambarkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan titah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meskipun ia mendapat perkenan Seri Paduka.

Walhal kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu secara konsisten menasihati rakyat agar mentaati Rukun Negara yang menyebut "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara".

Kata Najib, anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

07 Julai 2011

30,000 ahli PAS Johor ke himpunan Bersih 2.0


Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Mereka tidak perlu bimbang untuk hadir kerana himpunan itu bukan himpunan haram, sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Akta Polis 1967.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, tambahan pula, Jawatankuasa Bersih 2.0 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.

Sekatan Polis : Usaha BN Lumpuhkan Bersih 2.0


Kesesakan teruk akibat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis awal pagi semalam hanyalah usaha untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Malah, sekatan jalan raya itu jelas menunjukkan wajah sebenar rejim pemerintah Umno-Barisan Nasional(BN) yang hanya memperkudakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik semata.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata alasan polis membuat sekatan terbabit bagi tujuan menghalang kegiatan menyeludup senjata api ke ibu negara langsung tidak masuk akal, sebaliknya menggambarkan bahawa Umno-BN takut akan kebangkitan rakyat pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

06 Julai 2011

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin


Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.
“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.
Lapan tuntutan itu adalah  pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan  menghentikan politik kotor.

Bersih Beralih Ke Stadium


: BERSIH 2.0 kini akan diadakan di sebuah stadium atas sebab- sebab keselamatan, selaras dengan nasihat Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenaan menemui penganjur perhimpunan aman itu di Istana Negara petang tadi.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.

"Kita telah maklumkan Tuanku yang kita menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium. Oleh yang demikian perhimpunan jalanan tidak akan berlangsung," kata beliau

05 Julai 2011

Najib perlu terima nasihat Tuanku, laksana tuntutan Bersih- Azmin


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima nasihat yang disampaikan Yang Di Pertuan Agong melalui titah baginda semalam.
Menurut  Azmin, Najib perlu menggunakan ruang perbincangan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), bagi melaksanakan semua tuntutan NGO itu.
“Saya mendesak Najib dan pentadbiran di Putrajaya menerima nasihat Tuanku dengan menganjurkan satu inisiatif yang bersifat konsultasi di antara kerajaan dan Bersih dan Pakatan Rakyat dalam semangat yang lebih bertanggungjawab, bertamadun dan bukan ambil sikap konfrontasi dengan rakyat yang diwakili oleh Bersih dan Pakatan Rakyat.

Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib


Wira Arjuna
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0.

Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pakatan mengadap Agong, mesyuarat tergempar Rabu


Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon campurtangan baginda berhubung kepincangan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini memberitahu satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada hari Rabu ini untuk memperincikan perkara tersebut.
“Datuk Seri Anwar dah bercakap dengan (Presiden Pas) Haji Hadi dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dari London dan ketiga-tiga parti bersetuju mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini dan kita bincangkannya secara terperinci.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...