Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

05 Julai 2011

Senator Pakatan alu-alu dialog PM dan Bersih


Para Senator Pakatan Rakyat mengalu-alukan sebarang dialog di antara Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dengan pihak Bersih.

Merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam mengenai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, Senator Dr. Syed Husin Ali berkata, Pakatan Rakyat amat berharap Najib dapat mencari jalan terbaik dalam menangani isu ini.

Ini kerana katanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri sudah menutup pintu rundingan dan polis juga turut menutup pintu rundingan.

04 Julai 2011

Najib kemaruk tawan Kelantan

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya kemaruk untuk menawan Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 21 tahun yang lalu.

Ketika berucap di Machang, Najib yang juga Presiden Umno dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya menawan Kelantan dengan memperlekehkan scoreboard stadium yang masih menggunakan manual, kerana tidak kemampuan pemimpin PAS.

Ambiga : Bersih Adalah Suara Rakyat


Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Bersih 2.0, berkuat kuasa kelmarin, tidak akan membawa impak sebab pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya itu telah berjaya dalam memikat “hati dan minda rakyat”, kata pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga tidak bersetuju dengan pentadbiran Najib yang memutuskan pergerakan tersebut menyalahi undang-undang sebab Bersih 2.0 adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan didaftarkan dan justeru, ia tidak memerlukan pendaftaran.

“Lebih penting lagi, di luar jangkauan, Bersih sekarang lebih daripada hanya satu kumpulan pertubuhan bagi

Setiap kekejaman mempunyai tarikh luputnya – SN A Samad Said


Setiap kekejaman (harus) mempunyai tarikh luputnya, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merujuk nilai demokrasi di negara ini yang kian terhakis lantaran pelakuan polis dan ketakutan pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0.
“Saya khuatir kalau dibiarkan terus, akan menjadi negara polis, katanya lagi ketika berucap pada majlis pelancaran buku kartun Zunar berjudul ‘Even My Pen Has A Stand‘ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, malam tadi.

02 Julai 2011

UMNO BN Komunis, Bukan PSM - Khalid Samad

Pihak yang menolak tuntutan pilihan raya bersih dan adil merupakan golongan yang mendokong fahaman komunis menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana menurut beliau ideologi komunis bertentangan dengan hasrat rakyat untuk melihat reformasi dalam sistem pilihan raya.

"Kalau betul komunis di Malaysia mahukan pilihan raya maka komunis ini murtad. Dia lebih baik daripada Umno, mahukan pilihan raya bersih. Umno-Barisan Nasional pula yang ikut fahaman komunis mahukan pilihan raya kotor," katanya.

Lagi Bukti Daftar Pengundi SPR Dicemari Pengundi Hantu


SEBERANG JAYA 1 JULAI : Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India dalam contoh terbaru daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdedah kepada penyelwengan.

Pendedahan itu turut sekali gus mengukuhkan keperluan diadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk mendesak SPR dan kerajaan memastikan pilihanraya umum ke 13 dijalankan secara telus dan adil.

Seorang bloger bergelar Anak Sungei Derhaka mendedahkan daftar pengundi SPR menunjukkan 88 pengundi Melayu dan India didaftarkan di alamat No 1155, Kampung Bagan Serai.

Khutbah Jumaat Dipolitikkan Mirip Rejim Mubarak

Tindakan ulama Jabatan Agama Islam (JAWI) menggunakan medium khutbah untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan BERSIH 2.0 dilihat mirip kepada tindakan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tatkala masyarakat Mesir keluar beramai- ramai untuk mendesak Hosni supaya berundur dari tampuk pemerintahan, khutbah Jumaat di masjid- masjid berkumandang, menyeru dan melarang rakyat daripada berkumpul di Tahrir Square, untuk menyatakan pendirian mereka.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkata demikian mengulas tindakan JAWI mengheret institusi masjid dalam cubaan membatalkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada minggu hadapan.

Bersih: Jangan panik jika polis tangkap anda – peguam


Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.
Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.
Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.

01 Julai 2011

Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

“Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Ambiga : Bersih Akan Diteruskan, Keselamatan Peserta Diutamakan


Perhimpunan Bersih 2.0 tetap akan diteruskan pada 9 Julai dalam keadaan aman dan keselamatan pesertanya terjamin, kata Presiden gerakan itu Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga memberi jaminan itu setelah menemui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman untuk memaklumkan persedianan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur bersabit perhimpunan aman itu.

Polis sebelum ini mengisthiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan sudah menahan kira-kira 100 orang kerana memakai atau mengedar kemeja T dengan logo Bersih serta risalah perhimpunan aman itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...