Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

17 Jun 2011

Ramai ahli akademik menikus, kuat ‘mengipas’ – Prof Dr Aziz Bari


Ramai golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini  bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan mereka dan ketakutan sekiranya terlepas jawatan atau kenaikan pangkat.
“Ketakutan ini sudah merebak ke mana-mana; dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama dan lain-lain.

Himpunan Bersih 2.0 cetusan dan hasrat rakyat


Bersih turut dianggotai wakil dari 62 NGO yang mana memainkan peranan besar dalam mempromosikan demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.


Penganjur himpunan Bersih 2.0 iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan himpunan yang bakal diadakan 9 Julai ini adalah hasrat dari rakyat sendiri.

"Bersih 2.0 sekali lagi mahu menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah seratus peratus inisiatif pertubuhan masyarakat.

"Ini adalah gerakan rakyat untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Kami juga menjemput pertubuhan lain termasuk parti politik untuk menyertai kami dalam usaha mengangkat demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

15 Jun 2011

Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam


Subky Latif
SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.

Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya.

Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan

14 Jun 2011

Bersih inisiatif yang digerakkan rakyat- Ambiga


GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) adalah satu inisiatif yang ditunjangi rakyat kebanyakan dan ia bukanlah satu gerakan yang digerakkan oleh parti politik semata-mata.
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ di Dewan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan, Brickfields pada 12 Jun lalu.
“Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Tidak perlu bazir RM100 juta untuk aktiviti kesenian

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hanya perlu membelanjakan RM2 juta pada Festival Warisan George Town selama sebulan Julai ini jika beliau benar-benar ikhlas mahu menggalakkan aktiviti kesenian dan tidak perlu menghabiskan RM100 juta.
“DAP terperanjat dengan laporan Bernama bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada para penggiat seni,” kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

13 Jun 2011

Tubuh Tribunal siasat Gani Patail- Mat Zain Ibrahim


KUALA LUMPUR: Satu tribunal khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam skandal kerugian RM8 billion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mat Zain merupakan pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) dan menyiasat insiden “mata lebam’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan polis dalam kes fitnah pertama pada tahun 1998.

12 Jun 2011

Video seks: Umno jangan guna politik primitif



Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai



PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

11 Jun 2011

Umno Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu

Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman.

Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis.

Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat.

Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran

Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini,

Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.
Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...