Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

24 Oktober 2013

Pindaan Seksyen 203A untuk tutup rasuah & penyelewengan kerajaan

Rafizi2


Kami memandang serius tindakan licik Barisan Nasional (BN) memperkenalkan satu seksyen baru iaitu 203A di dalam pindaan Penal Code yang membawa kesan besar kepada negara.

Di bawah Seksyen 203A, mana-mana kakitangan awam yang memberi apa-apa maklumat boleh dikenakan hukuman penjara yang berat. Malah, pihak lain yang berurusan dengan maklumat yang diberikan itu juga boleh dikenakan hukuman penjara yang berat.

Rafizi2Paling mendukacitakan ialah apabila undang-undang ini diperkenalkan tidak sampai sebulan selepas Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan. Rakyat yang marah dengan pelbagai bukti penyelewengan, ketirisan dan rasuah menuntut satu tindakan konkrit yang melambangkan komitmen BN untuk memerangi rasuah.


Sebaliknya, BN mengambil tindakan untuk menutup ruang kejadian rasuah dapat dikesan dengan memperkenalkan Seksyen 203A yang baru ini. Ia bertujuan untuk menakutkan kakitangan awam dan orang ramai supaya jangan berani tampil ke hadapan untuk mendedahkan perlakuan rasuah. Ia juga adalah amaran keras kepada pertubuhan seperti National Oversight & Whistleblowers (NOW) bahawa kami berhadapan risiko penjara jika membuat pendedahan rasuah kerajaan.

Tindakan dangkal BN ini akan melahirkan penjawat awam yang tidak mahu ambil tahu mengenai penyelewengan di jabatan atau sekeliling beliau kerana berhadapan risiko penjara. Ia akan memberi kuasa yang melampau kepada ketua-ketua jabatan yang dengan mudah boleh mendakwa mana-mana kakitangan yang cuba mendedahkan penyelewengan di bawah Seksyen 203A ini.

Akibatnya, jika sebelum ini hanya menteri-menteri yang kebal dengan penyelewengan dan amalan rasuah masing-masing, kini kekebalan ini diperturunkan dan diinstitusikan pula di peringkat ketua jabatan dan pimpinan bawahan kerana mereka boleh berlindung di sebalik Seksyen 203A.

Kami yakin rakyat akan menghakimi BN yang lebih mengutamakan melindungi perasuah dan penyeleweng dari menjaga harta rakyat.

Kami juga yakin Seksyen 203A ini tidak sedikit pun menakutkan mereka yang mempunyai kesedaran untuk terus membawa bukti penyelewengan dan rasuah kepada rakyat.
Sebagai pertubuhan yang bertindak ke atas maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat (whistleblower), NOW tidak sedikit pun gentar dengan ugutan hukuman penjara di bawah Seksyen 203A. 

Kami telah turun naik mahkamah dan sudah pun berhadapan dengan risiko dipenjara, jadi ugutan baru ini tidak sedikit pun ada kesan kepada komitmen kami melawan rasuah dan melindungi pemberi maklumat.

Malah, ia meyakinkan lagi kami bahawa usaha melawan rasuah yang didokong BN ini perlu dijadikan gerakan rakyat di dalam satu gabungan besar.

NOW sudah pun memulakan perbincangan dengan NGO lain untuk menubuhkan satu gabungan NGO menentang rasuah (termasuklah pemansuhan semua undang-undang yang melindungi rasuah seperti Seksyen 203A ini) yang diberi nama BENAR (Bersama NGO Anti Rasuah).

BENAR yang akan dilancarkan di akhir November ini akan mendapat lebih banyak dokongan gara-gara kedangkalan BN memperkenalkan Seksyen 203A ini.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW
A
kmal Nasir
Pengarah NOW

k.daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...