Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
11 Mac 2013
Kejayaan Selangor bukti Pakatan sedia tadbir Malaysia
Kecekapan pengurusan ekonomi dan pembangunan di Selangor membuktikan Pakatan Rakyat bersedia menerajui Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, sepanjang lima tahun pentadbiran, angka pembangunan dan hasil negeri jauh lebih baik berbanding tempoh 2004 ke 2007 yang ditadbir Umno-BN.
“Kita bukan saja memberikan kebajikan kepada rakyat, tetapi membangunkan negeri, mengumpulkan dana supaya dapat digunakan (kembali) untuk rakyat.
“Kejayaan ini menunjukkan kita benar-benar bersedia mentadbir Putrajaya,” kata Khalid ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.
Dalam pada itu, Khalid berbesar hati dan berterima kasih kepada penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak memberi teguran dan nasihat.
“Beliau mengingatkan kita agar simpanan Selangor dipertingkatkan. Hasilnya kita berjaya pertingkat simpanan dari RM400 juta pada tahun 2007 kepada RM2.6 bilion,” katanya.
Dengan simpanan kerajaan negeri, Selangor membina jambatan ketiga di Klang yang dijanjkan pentadbiran Umno-BN sebelum pilihan raya umum ke-12 berharga RM 100 juta.
Melalui skim Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (Mimbar), lebih 5,000 peserta berupaya meningkatkan pendapatan sekaligus melepaskan mereka dari kongkongan kemiskinan.
Manakala RM50 juta diperuntuk bagi pembinaan ‘Rumah Mampu Milik Pasang Siap’ (Prefabricated Packages Home) sebagai pemangkin agar rumah mampu milik dapat dipercepatkan pembinaannya.
“Supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada rumah dan pangsapuri kos rendah. Selepas 10 tahun nilainya lebih rendah dari yang dibeli
“Rakyat tidak lagi ditinggalkan dalam keputusan pentadbiran. Ini bukti reformasi. Kita berhasil mengubah pemikiran dan cara pentadbiran,” katanya – SDQ-Keadilandaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan