Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

05 Oktober 2011

Cincin AS$24 Juta : Satu Pembaziran Wang Rakyat-Abdullah Sani


Kenyataan kerajaan bahawa wujudnya cincin bernilai AS$24 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor secara tidak langsung membuktikan satu pembaziran dan ketirisan luar biasa telah dilakukan, ujar Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.


"Ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak boleh dipercayai dalam menyatakan kebenaran, maka dengan kenyataan ini juga membuktikan Barisan Nasional satu kepimpinan yang korup, membazir dan tidak memikirkan keperluan tabungan untuk rakyat, ianya suatu yang menjijikan."katanya



Beliau berata demikian ketia ditemui TVSelangor diluar Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, hari ini bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pembelian cincin AS$24 juta yang membabitkan isteri Perdana Menteri.


Nazri mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh Rosmah sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.


Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.


Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Nazri berkata Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat pengeluar.


Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.


Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.


Mengulas lanjut, Abdullah berkata bahawa Pembangkang tidak berdiri kukuh dengan membawa isu untuk meraih tempat dan sokongan, tetapi apa yang berlaku hari ini jelas, perjuangan Pembangkang ialah membongkar salah urus tadbir yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah.


"Setelah diakui ianya terbukti bukan lagi retorik politik mahupun fitnah, tetapi ini adalah kenyataan yang membariskan bahawa isteri Perdana Menteri itu seorang yang boros, persoalannya dari mana datang wang sejumlah itu, sepatutnya ia digunakan untuk pembangunan rakyat tetapi disalah guna untuk pembarizan yang cukup luar biasa."jelas beliau


Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu turut menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada keperluan untuk melayan perkara tersebut.


“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” jelas Rosmah-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...