Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 Februari 2014

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) bersara selepas 33 tahun berkhidmat dan penggantinya dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Gambar fail.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

13 Februari 2014

Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar? - Subky Latif


Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

07 Februari 2014

Barang naik: Di mana lagi rakyat harus berjimat?


Tekanan ke atas kerajaan berikutan kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kebelakangan ini perlu berterusan bagi memastikan kerajaan benar-benar sedar dan faham keperitan rakyat.

Nasihat agar rakyat berjimat-cermat dan memikirkan keperluan melebihi keinginan dianggap satu tamparan yang menyakitkan apabila rakyat sudah tidak tahu di mana dan apa lagi yang boleh dijimatkan.

"Di mana lagi rakyat harus berjimat? Pada saya, rakyat sudah puas berjimat. Kalau harga barangan, mungkin pembeli boleh memilih untuk tidak membeli barangan yang meningkat harganya. Tapi kalau kenaikan tarif elektrik, di mana lagi mahu berjimat sedangkan semuanya menggunakan tenaga tersebut. Takkan mahu berjimat dengan kembali ke dapur kayu?" kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir.

05 Februari 2014

Kajang: Kehadiran Anwar elak BN guna darurat rampas Selangor, kata Rafizi


Kajang: Kehadiran Anwar elak BN guna darurat rampas Selangor, kata Rafizi
Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.

“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.

03 Februari 2014

PRK Kajang: Umno lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah


Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.

“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.

Anwar ahli politik taraf antarabangsa, mampu bawa perubahan besar

Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menjadi penyelamat rakyat dalam membawa usul dalam Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu agama dan bangsa.

Aktivis politik, Hishamuddin Rais, berkata calon Adun Kajang itu berkemampuan kerana beliau merupakan seorang ahli politik antarabangsa.

Katanya, ketika ini pelbagai isu agama dan bangsa diwujudkan oleh sesetengah pihak untuk kekal menguasai negara.

Anwar“Anwar seorang ahli politik antarabangsa, beliau mempunyai keupayaan pandangan agama yang mungkin ahli politik dan rakyat tidak tahu,” katanya dalam Forum Anwar dari Kajang ke Putrajaya di Kelab Radio Bangsar, baru-baru ini.

30 Januari 2014

Husam cadang kerajaan negeri runding elak saman


Perundingan perlu diadakan di antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya dengan Dae Hanguru Infra Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara kedua pihak berhubung pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika mencadangkan perkara itu berkata, ianya tidak perlu sampai ke peringkat mahkamah memandangkan perkara itu dapat diselesaikan secara baik.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan saman Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) yang menuntut ganti rugi daripada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya itu.

29 Januari 2014

Saya tanding untuk ganti Khalid hanya spekulasi - Anwar


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.

"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

20 Januari 2014

Selepas Lebih 40 Tahun, Kenapa Masih Membanggakan 13 Mei?


Tindakan sekumpulan penyokong UMNO mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah dikangkungkan sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.

Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib dikangkungkan tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya ia adalah respon menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.

19 Januari 2014

Percikan api perkauman dalam isu kenaikan harga barang - AHMAD TAJDID


                                                Foto darisungaiderhaka@blogspot.com
ISU kenaikan harga barang yang mendominasi politik negara ekoran kenaikan harga minyak dan kos-kos pengeluaran memasuki episod hodoh apabila cuba dijadikan isu perkauman oleh parti-parti kerabat BN khususnya Umno.

Dimulai dengan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ‘sedih’ melihat anak-anak muda Melayu ‘diperalatkan pembangkang’ dalam Himpunan Turun malam 31 Disember lalu, terbaru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Bagi Keng Liang, demonstran Himpunan Turun didominasi anak-anak muda Melayu sedangkan anak-anak muda Cina dan India bergembira menyambut tahun baru di pawagam, pasar raya dan lain-lain tempat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...