Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Mac 2011

Yang Perlu Dipastikan Bukan Ketulenan Video Tetapi Adakah Itu Anwar




Bagaimanapun isu adakah Anwar yang dirakamkan dalam video itu – tetap akan menjadi persoalan utama.
Wira Arjuna

Kesahihan video klip lucah bukan berpaksi kepada sama ada ia adalah rakaman asal dan tidak diolah tetapi sama ada orang yang dirakamkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau hanya individu yang mirip iras wajahnya.

Itu adalah pokok kepada segala- galanya. Justeru kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemeriksaan forensik akan menentukan kesahihan video itu sebenarnya tersasar daripada kebenaran yang dicari.

Pemeriksaan forensik hanya akan menentukan sama ada video itu adalah rakaman asal dan tidak diolah atau disunting dalam apa cara pun. Ia sebahagian daripada proses penyiasatan. Ia tidak boleh menjadi hasil muktamad siasatan.


Keyakinan Najib, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazyrl Eskay bahawa video itu adalah “ori” dan tidak disunting tentunya berpaksi kepada pengetahuan tertentu yang dikongsi bersama oleh mereka.

Namun adakah pelakon dalam video itu Anwar sendiri? - itu persoalan pokok untuk mereka yang mahukan kebenaran dan tidak terikat dengan telunjuk mana- mana parti politik.

Soal jam Omega atau kemasukan log Twitter Anwar dan macam- macam lagi akan sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran pihak bertelagah.

Bagaimanapun isu adakah Anwar yang dirakamkan dalam video itu – tetap akan menjadi persoalan utama.

Setakat ini dua orang yang menyaksikan video itu tampil memberi penjelasan kenapa mereka seratus peratus yakin orang itu bukan Anwar.

Seorang daripada mereka – Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, adalah orang yang cukup rapat dengan Anwar.

Mengikut sifir politik Rahim dan Eskay, jika Johari boleh diyakinkan bahawa “Itu Anwar” tentunya ia akan mencetuskan proses lompat keluar beramai- ramai wakil rakyat PKR dari parti itu.

Namun Johari tidak percaya orang itu adalah “bosnya”, BUKAN kerana beliau percaya video itu diolah atau disunting untuk memasukkan wajah Anwar, tetapi kerana susuk tubuh dan perlakuan pelakon itu jelas berbeza dari Anwar.

Johari bersetuju bahawa sekali imbas, pelakon itu memang seiras Anwar.

Namun sebagai orang yang mengenali setiap gerak geri (mannerism) Anwar dan susuk tubuhnya, Johari yakin Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi sasaran fitnah yang dahsyat.

Selepas menontont video itu, Johari menawarkan kepada Rahim Thamby Chik untuk membawa lima pemimpin kanan PKR yang lain untuk menyaksikan

video itu pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Rahim.

Setelah bersetuju pada mulanya, Rahim membatalkan rancangan itu dan “terlepas”lah peluang keemasan untuk meyakinkan pimpinan kanan PKR bahawa Anwar adalah kaki pelacur.

Tentunya antara lima tokoh yang dinamakan oleh Johari itu, sekurang- kurangnya Rahim tentunya mengenali Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Azan mempunyai kewibawaan, integriti dan intelek tinggi yang diperakui bukan sahaja oleh PKR malah UMNO Barisan Nasional sendiri.

Jika Azan berpeluang menonton video itu dan beliau yakin ataupun jika benih kesangsian dapat ditanam dalam minda beliau bahawa pelakon itu adalah Anwar, ia sudah tentu memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR sendiri.

Namun jika beliau sangsi orang itu adalah Anwar, maka UMNO pula akan terjejas.

Bagi Rahim Thamby Chik, lebih selamat jika batalkan saja niat untuk tujukkan video itu kepada Azan dan rakan- rakannya selepas kegagalan meyakinkan Johari.

Maka pada petang Isnin itu, seorang lagi cuba dijadikan umpan untuk mencetuskan penghijrahan keluar ahli- ahli PKR.

Orang yang dipilih adalah Badrul Hisham Shaharin – beliau mempunyai kredibiliti tinggi sungguhpun tidak sehaluan dengan pimpinan PKR atas beberapa isu penting.

Beliau adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan dilihat antara pemimpin muda yang berani dan lantang berhujah.

Malangnya bagi Rahim dan Eskay, Badrulhisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard juga menolak bahawa orang dalam video itu adalah Anwar.

“Ya,video itu tidak nampak seperti disunting atau diolah. Sekali pandang, orang dalam video itu memang macam Anwar. Tapi jika anda mengenali Anwar, pernah duduk bersama dia, kenali peri laku (mannerism) dan pergerakan dia, anda pasti orang dalam video itu bukan Anwar,” kata Badrul kepada TvSelangor.

“ Contohnya, pelakon Ben Kinsley mendapat 11 anugerah kerana menghidupkan watak Mahatma Gandhi dalam filem mengenai Bapa Kemerdekaan India, namun mereka yang rapat dengan pemimpin itu tahu, itu bukan Gandhi kerana kita tidak boleh menipu bahasa tubuh,” tambah beliau.

Rancangan nekad Rahim Thamby Chik, Eskay untuk meyakinkan pihak tertentu dalam PKR bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar tidak menjadi.

Rahim dan pihak- pihak disebaliknya telah berharap berita kewujudan video itu dan “testimoni” dari Johari dan Badrul akan melengkapkan agenda untuk menjatuhkan Anwar dan keluarganya.

Hasrat itu gagal. Namun apa yang berjaya dilakukan oleh Rahim Thamby Chik adalah mencetuskan perbahasan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau tidak.

Kebenaran akan hanya terserlah jika video itu diperiksa oleh sebuah badan yang berwibawa.

Siasatan TIDAK harus dibataskan kepada hanya untuk mengesahkan sama ada rakaman itu “tulen” sebagaimana yang di cadangkan oleh Rahim dan Perdana Menteri.

Siasatan harus memastikan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau hanya pelakon yang mirip wajah Anwar tetapi berperut buncit!-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...