Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Mac 2011

Video Seks - Barua Umno Memalukan, Bukan Islam Pun Memandang Jijik

Satu ungkapan yang paling sesuai diperkatakan terhadap fitnah video seks barua Umno ‘memalukan’. Apa yang tidaknya, kalau tiga sekawan yang menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T tu tanpa ada perasaan malu, moraliti yang rendah, ajak para wartawan menonton video seks yang sengaja direka-rekakan semata-mata mahu menjatuhkan seseorang.

Jelas, perkembangan ini menunjukkan kepada dunia, inilah budaya kita ‘guna video seks sebagai modal menyerang musuh politik’. Mengalahkan negara-negara barat yang bukan beragama Islam.


Semalam, laporan The Malaysian Insider menyebut, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

“Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang (mementingkan) kesopanan, tidak kira kaum atau agama mereka anuti,” kata beliau.

Philips berkata sejak beberapa dekad lalu, rakyat Malaysia “dilayan” oleh siri skandal kewangan, sosial, dan politik, yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan “kepimpinan melalui teladan.”

Kata beliau, imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu.

“(Oleh itu) kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini (video seks) dan mewujudkan era baru, yang diisi dengan (semangat) hormat-menghormati, bermaruah, percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini,” katanya.

Memang betullah apa yang dikatakan oleh Presiden PAS sebelum ini, kesucian Islam di negara ini telah dicemari dan dikotori oleh pemimpin Umno sendiri.

Malahan bangsa Melayu yang dianggap paling bersopan dengan tata-susila akan lenyap dari ingatan, bahkan lebih buruk lagi, Melayu selepas ini akan diingat dengan skandal seks.

Betapa jijiknya Umno kerana mahu kekal berkuasa, apa sahaja akan dilakukannya tidak kira ianya boleh menjatuhkan maruah, moral atau agamanya sendiri, asalkan kuasa terus dimilikinya.

Kerana sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin mendapat tempat di hati rakyat, Umno-BN merasa dirinya tergugat, maka pelbagai usaha kotor akan dilakukan demi survival kuasa dan matlamat melombong khazanah negara ke poket sendiri dan kroni dapat diteruskan.- WarkahDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...