Tidak puas hati puluhan anggota polis FRU bertindak mengepung dan mengiringi Anwar berjalan lebih 1.5 kilometer ke keretanya bagi memastikan beliau meninggalkan majlis itu.
Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kekerasan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan ceramah dan meninggalkan majlis itu di Gombak malam tadi, selepas beliau membidas pusingan terbaru UMNO menjatuhkannya menerusi fitnah video lucah.
Selepas Anwar berucap kepada lebih 2,000 penyokong selama kira- kira 15 minit, sepasukan polis menyerbu pentas untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan penyokong- penyokong Parti Keadilan Rakyat dan berlaku tolak menolak antara anggota polis dan penyokong PKR sebelum Anwar dibawa masuk ke dalam pejabat Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali.
Dalam provokasi FRU itu, Anwar turut dikasari dalam cubaan polis untuk memaksanya turun daripada pentas berkenaan.
Melihat keadaan itu, penyokong PKR bertindak balas membaling kerusi dan batu kearah polis yang menyerang mereka. Dua ahli parti itu ditangkap dalam pergelutan berkenaan.
Seorang wartawan laman Free Malaysia Today turut cedera ringan dalam kejadian itu.
Setelah Anwar dibawa masuk ke pejabat Azmin, polis cuba merempuh pejabat berkenaan dalam satu lagi cubaan untuk memaksa Anwar meninggalkan kawasan itu.
Orang ramai bertindak menghalang tinakan polis itu dan pergeseran terus berlaku.
Setelah polis berbincang selama 10 minit bersama peguam Shamsul Iskandar, Ketua Umum PKR itu keluar dari pejabat berkenaan.
Tidak puas hati puluhan anggota polis FRU bertindak mengepung dan mengiringi Anwar berjalan lebih 1.5 kilometer ke keretanya bagi memastikan beliau meninggalkan majlis itu.Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
27 Mac 2011
Anwar Dikasari, Dipaksa Hentikan Ceramah Video Lucah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan