Azmizam Zaman Huri |
Mungkin mereka ingin menggunakan banduan-banduan tersebut untuk
menambah undi.
Tindakan memindah banduan kesalahan ringan ke kem tentera adalah langkah terdesak kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang
untuk berhadapan kebangkitan rakyat pada pilihan raya akan datang,” kata
Pengarah Biro Pilihan Raya Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri.
“Saya pasti ada agenda di sebalik tindakan kerajaan dengan melibatkan
kem tentera.
“Perkara ini perlu dikaji kerana melibatkan pandangan buruk daripada
luar dan atas faktor apa mereka memilih kem tentera,” kata Azmizam
dihubungi Keadilan Daily.com.
Beliau juga tidak menolak tindakan kerajaan itu untuk menambah undi pos
selain mewujudkan pengundi hantu di beberapa kawasan tertentu.
“Mungkin mereka ingin menggunakan banduan-banduan tersebut untuk
menambah undi.
“Sekiranya mereka (banduan) jadi pengundi, saya pasti akan dipaksa
memangkah BN,” katanya.
Azmizam juga menggesa supaya kerajaan menyatakan kriteria kesalahan
ringan dan berat supaya rakyat jelas dengan perkara itu kerana
melibatkan keselamatan dan kestabilan politik negara.
“Saya desak kerajaan kaji semula perkara ini kerana melibatkan banduan
ke kem yang tiada jaminan mereka tidak akan melakukan kesalahan lain
ataupun melarikan diri.
“Kalau tidak mahu dihimpunkan bersama, banduan kesalahan berat dan
ringan perlu diasingkan sel dan bukan memindahkan ke kem lain.
“Jelas di sini pemilihan yang akan dilaksanakan itu antaranya negeri
Pakatan Rakyat (PR), sungguh dahsyat strategi BN takut kalah PRU nanti,”
katanya.
Azmizam juga mendesak supaya Hishamuddin menjelaskan perkara itu di
Parlimen supaya tidak timbul masalah.
“Hishamuddin perlu bentangkan di Parlimen kerana rakyat perlu tahu dan
siapa yang meluluskan perkara itu serta atas arahan siapa?” soal beliau.
Media semalam melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin
Hussien mengumumkan banduan kesalahan ringan yang menjalani bersama
banduan kesalahan berat akan dipindahkan di kem tentera terpilih seluruh
negara bermula bulan depan.
Menurut Hishamuddin, langkah itu mengelakkan kedua-dua kategori banduan
terbabit berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutama mengenai pelbagai
taktik jenayah sepanjang menjalani hukuman.
Pemindahan itu adalah program perintis melibatkan kerjasama antara
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
sebahagian inisiatif membendung jenayah di negara ini untuk mencapai
matlamat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan