Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

05 Mac 2011

Ajar BN Dengan Undi Pakatan



Sebagai rakyat yang bermaruah, jangan  memberi undi kepada pemimpin yang mengamalkan rasuah dan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Undilah siapa saja, tapi jangan undi pemimpin UMNO

Keangkuhan pemimpin Umno BN harus diajar melalui kertas undi, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau berkata, sebagai rakyat yang bermaruah, pengundi di Dun Merlimau mempunyai hak untuk tidak memberi undi kepada pemimpin yang mengamalkan rasuah dan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

"Jangan biarkan mereka pijak maruah kita. Gunakan hak saudara-saudari sebagai pengundi pada 6 Mac ini. Berikan signal yang jelas kepada Ali Rustam.

"Kamu (Umno BN) boleh guna perkakas dan jentera kerajaan, wang jutaan ringgit tapi kami ada maruah, kami ada prinsip, ada pendirian. Kami akan bawa perubahan demi kebaikan rakyat," kata beliau dalam ceramahnya di markas induk PAS, dekat sini malam tadi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil Merlimau untuk membawa perubahan ke negeri Melaka demi kebaikan rakyat agar tidak terus ditipu Umno BN.


"Dari Putrajaya sampai ke negeri, sampai ke peringkat cawangan Umno rasuah berleluasa. Berkali-kali kita tegur perkara ini, tapi belum dapat ditangani," katanya di hadapan kira-kira lima ratus orang yang hadir termasuk kaum India dan Cina.

"Berilah undi kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS. Walaupun seorang, tapi beliau boleh membawa suara rakyat, boleh menjadi semak imbang kepada kerajaan negeri, supaya mereka tidak menggunakan kuasa denagn sewenang-wenangnya,"katanya yang juga Adun Gombak Setia.

Kaum India perlu bangkit

Sementara itu, beliau mendakwa nasib kaum India terabai di bawah Umno BN dengan memberi contoh kaum itu di Batu Caves.

"Sampai bila kaun Idia mahu ditindas? Umno BN tak jaga kepentingan rakyat bawahan. Dia hanya jaga kepentingan pemimpin tertinggi Umno BN sahaja.

"Saya datang dari Gombak, di Gombak ada Batu Caves. 50 tahun nasib kaum India tak terbela di bawah MIC," katanya.

Menurutnya, apabila Adun Pakatan Rakyat merampas kerusi daripada MIC, barulah masalah-masalah melibatkan kaum India dapat diselesaikan.-Hrkh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...