Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

22 Mac 2011

Anwar : Video Rekayasa Jahat Musuh Politik


Warisan politik usang dan jelik – itu rumusan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah membabitkan beliau yang di bawa oleh pihak tertentu dengan bantuan Polis Cawangan Khas.

Beliau berkata video itu rekayasa jahat musuh politik demi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

Berikut kenyataan media Datuk Seri Anwar, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang bersabit video seks fitnah berkenaan:-


Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kami beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua edior media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak.

Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...