Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

06 September 2011

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.


"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.



Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.


Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.


Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.


PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.


Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.


Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.


Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.


Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.-Hrkh

1 ulasan:

Khairi berkata...

YB Salahuddin, teruskan ceramah tentang ketidakadilan Kera jaan UMNO /BN;
1.Menangi Pilihan Raya dgn jalan yg sangat diragui
2.Selain Pilihan Raya yg berjalan atas dasar demokrasi tempang, penipuan & penyelewengan SPR dlm pengkalan data Pemilih, kini JPN juga mulai diragui datanya
3.Maka terangkat lah Pemimpin yg bukan pilihan rakyat tetapi pilihan SPR atau pun Pemimpin yg dipilih hantu & pos
4.Maka lahirlah pemimpin yg tak amanah & tak punyai integrity
5.Maka dasar yg dibuat lebih kpd kepentingan diri & kroni, bukan rakyat yg diutamakan
6.Dengan itu bercambahlah rasuah & penyelewengan
7.Hasilnya, kos projek bertambah yg semestinya ditanggung oleh rakyat - lihatlah Lapuran Tahunan Audit Negara
8.Lalu mereka kata, UMNO/BN ada lebih dr 50 tahun pengalaman memerentah negara ini
9.Dan masih ramai org Melayu yg percaya dgn kata-kata itu
10.Sebenarnya, dalam lebih 50 tahun, ramai Melayu yg tak fahami tuntutan Islam yg sebenarnya
11.Ramai juga bangsa lain jauhi Islam kerana kesan 50 tahun cara UMNO tunjukkan Islam yg sebenar
12.Kita perlukan pemimpin yg amanah, berintegriti dan yg takutkan Tuhan/Allah utk membawa Malaysia menjadi Negara makmur dan maju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...