Lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu yang didedah Pemuda Pas sebelum ini hilang dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pendedahan itu dibuat Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kaiat di Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut hari ini.
Dalam pendedahan itu, Suhaizan memberikan 10 contoh kes individu yang mempunyai nama sama tetapi memiliki dua kad pengenalan berbeza.
“Kad pengenalan mereka hanya dibezakan dari beberapa digit terakhir dan paling menarik, ke semua 10 nama ini adalah ahli Umno.
“Mungkin Umno juga wajar bantah kerana ini melibatkan keahlian mereka,” katanya.
Sebagai contoh katanya, individu bernama Sainam Binti Tukisan semasa didedah memiliki dua kad pengenalan, kini hilang salah satu namanya dikeluar selepas didedahkan.
“Semakan terakhir kami semalam mendapati dari 10,000 kes ini, pemilik nama sama sudah hilang dalam daftar pemilih SPR,” ujarnya.
Menurutnya lagi, SPR mengenalpasti kad pengenalan palsu berdasarkan maklumat disah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Selepas itu katanya, barulah SPR mengeluarkan pemilih palsu itu daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).
“Persoalannya, bagaimana dalam tempoh dua bulan selepas pendedahan mengenai kes ini, mudahnya JPN mengenalpasti data palsu dalam pangkalan datanya?
“Bagaimana JPN boleh sahkan salah satu data itu adalah palsu,” soalnya.
Katanya lagi, bukan mudah sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
“Kecuali JPN sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan yang bakal dimasukan dalam daftar pemilih SPR bertujuan memenangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kami yang tidak boleh masuk bilik ‘kebal’ JPN sudah boleh buktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, persoalannya berapa jumlah kad pengenalan palsu yang sudah dikeluarkan JPN,” solanya.
Sementara itu, timbalannya, Mohd Adram Musa berkata, ‘hilangnya’ lebih 10,000 nama itu dalam tempoh singkat membuktikan daftar pemilih SPR kekal kotor.
Pada 24 Julai lalu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui wujud kad pengenalan klon dalam daftar pemilih agensi kerajaan-K/daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan