Ghani Patail dan Musa Hassan naik pangkat gara-gara sebagai konspirator
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, individu yang terlibat dalam konspirasi tahun 1999 itu kedua-duanya naik pangkat – bahkan memainkan peranan pula dengan kes Fitnah II yang sedang berlangsung.
“Tindakan pegawai penyiasat Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail adalah konspirasi politik terbesar dalam sejarah negara.
“Dan mungkin habuan (naik pangkat) kerana ‘sumbangan’ mereka. Kali ini adalah pengulangan konspirasi terhadap Anwar dan kedua-dua mereka terlibat langsung dengan siasatan dan perbicaraan.
“Jelas sistem perundangan negara dihina, apatah lagi hukuman telah pun dijatuhkan terhadap orang yang tidak bersalah. Bagaimana kerajaan mahu menjawab hal ini?” katanya kepada Keadilandaily.com
Namun, Shamsul yakin kemenangan akan berpihak kepada Anwar kerana lambat laun kebenaran akan terserlah akhirnya.
Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara semalam, Mat Zain Ibrahim menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan diantara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Shamsul seterusnya menegaskan, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab kerana dia sedar dan tahu tentang kosnpirasi politik untuk menjatuhkan Timbalannya (Anwar pada masa itu).
“Sebagai Perdana Menteri ketika itu, Mahathir tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri. Sama juga sikap Najib dalam kes Fitnah II – berdiam diri apabila peranan Musa-Gani dibangkitkan,” kata Shamsul.
Malah beliau menyelar tindakan Najib ‘minum petang’ dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman yang menimbulkan prasangka rakyat terhadap sistem pemisahan kuasa di negara ini.
“Apakah ini langkah awal Najib untuk mengelak dirinya daripada disapina dan hadir ke mahkamah?
“Mungkin inilah imej yang Najib mahu tampilkan kepada masayarakat dunia tentang Malaysia. Iaitu kuasa eksekutif boleh campur tangan dalam urusan perundangan.
“Tapi dia harus ingat, rakyat Malaysia tidak lagi seperti dahulu yang akan mengiyakan segala bentuk kezaliman,” tegas Shamsul.-K/daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan