Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 September 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah saksi relevan- Anwar


KUALA LUMPUR:Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi relevan dalam kes fitnah yang dihadapi Ketua Pembangkang itu.
Perkara itu dinyatakan dalam afidavit balas yang dikemukakan terhadap permohonan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, yang mahu mengenepikan sepina supaya mereka hadir sebagai saksi di mahkamah.
Anwar berkata, beliau mahu Najib memberi penjelasan tentang pertemuannya dengan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.


Saiful membuat laporan polis dia diliwat Anwar empat hari selepas pertemuan tersebut.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Rosmah turut memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira.
Permohonan Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sepina supaya hadir sebagai saksi pembelaan berkenaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9 pagi esok.
“Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa ‘keluarkan sepina, saya akan datang,” kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.
Bagaimana pun kata Anwar, beliau kecewa dengan sikap Najib kerana tidak menunaikan janjinya.
Sementara itu, peguam Anwar Sankara Nair berkata, pihaknya berpendapat kehadiran kedua-dua individu itu ke mahkamah adalah penting.
“Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes,”
“Kami kata ia penting,” kata Sankara.
Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...