Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
09 September 2011
Jangan Bubar Parlimen Sebelum Pulihkan Sistem Pilihan Raya
PAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
Perkara ini dinyatakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat susulan pendedahan berterusan individu-individu yang berstatus bukan warganegara tetap mendapat mandat mengundi di negara ini.
Beliau kemudian menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak sistem pilihan raya sedia ada sebagai cara memulihkan demokrasi secara total selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada suruhanjaya itu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS tadi, Suhaizan mengemukakan lagi tiga nama layak mengundi yang berstatus Penduduk Sementara (Hijau).
Individu yang dikesan adalah seorang wanita bernama Numi Syukri yang didaftarkan di DUN Hulu Besut dan layak mengundi di parlimen Besut.
Seterusnya juga seorang wanita bernama Hasmidah Surahbil yang didaftarkan di DUN Semenyih, parlimen Hulu Langat dan seorang lelaki bernama Jamaluddin Tahir yang didaftarkan di DUN Bangi, parlimen Serdang.
Tiga nama tersebut dikesan memegang kad pengenalan berwarna hijau di dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan berstatus layak mengundi dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
"Kita minta JPN jelaskan adakah benar tiga individu yang kita kemukakan ini adalah penduduk sementara. Kalau benar kemudian baru kita tanya kepada SPR kenapa mereka daftarkan nama penduduk sementara menjadi pengundi yang sah," kata Suhaizan kepada media.
PAS sebelum itu membangkitkan isu seorang individu bernama Mismah yang memegang kad pengenalan Penduduk Tetap ditemui dalam senarai daftar pemilih.
Namun status Mismah dalam laman web JPN bertukar sebagai warganegara selepas empat jam perkara tersebut didedahkan oleh media.
Suhaizan berkata pihaknya terpaksa menggunakan pendekatan media kerana usaha membantah secara terus kepada SPR sering menemui kegagalan.
"Sebab itu pemuda PAS mengambil pendekatan media. Maksudnya kita mahu rakyat sedar akan kesilapan itu dan biar rakyat yang menghukum," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.
Laporan itu antara lain menyebut penggunaan dakwat kekal lebih sesuai berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh SPR dan telah berjaya digunapakai di beberapa negara bagi mengelakkan pengundian berganda.
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa beliau tidak mengetahui akan perkara itu selain menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan tanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya untuk memutuskan kesemua isu yang berkaitan reformasi pilihan raya.-Tvsnews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan