Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
24 September 2011
Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept
Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".
Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.
"Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan.
"Pilihanraya umum tidak harus dilaksanakan tanpa memastikan tuntutan-tuntutan minima untuk pilihan raya bebas dan adil dipenuhi," jelasnya.
Tambah Dr Subramaniam lagi kempen ini akan diadakan pada 30 September jam 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia hadir memberi sokongan.
"Kami menyeru agar rakyat Malaysia untuk hadir pada kempen tersebut di mana kami akan memberi penjelasan terperinci mengenai kempen tersebut," tambahnya lagi.
Ketika menyentuh berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, beliau menjelaskan PSC perlu perlu menyiapkan lapan tuntutan tersebut baru laksanakan pilihanraya.
"Penubuhan PSC adalah satu yang baik dan apa yang kami mahukan PSC perlu melaksanakan lapan tuntutan ini baru melaksanakan pilihanraya.
"Ini yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu tanpa perlaksanaan tuntutan ini sepenuhnya maka pilihanraya tersebut tidak akan bersih malah akan wujud gejala-gejala kotor seperti yang dilakukan pada pilihan raya yang lepas.
"Perlu diingat tuntutan Bersih ini bukan hanya untuk parti tertentu sahaja tetapi semua parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional (BN), jadi kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut," tambahnya lagi.
Sebelum itu perhimpunan BERSIH 2.0 yang di adakan pada 9 Julai menuntut lapan perkara agar pilihanraya negara ini benar-benar bersih iaitu bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dalam pilihanraya, akses media bebas dan adil, tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, hentikan politik kotor.
Sidang media yang diadakan di pejabat Empower itu turut dihadiri Maria Chin Abdullah dan beberapa jawatankuasa yang lain.-Hrkhdly
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan