Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, demikian tegas beberapa pemimpin PKR dan PAS hari ini.
“Hudud tidak kena dengan orang bukan Islam. Tidak ada sebab mereka takut dengan hudud.
“Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa,” kata bekas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa.
Beliau juga menegaskan orang bukan Islam sudah memahami hukum hudud.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu kerajaan pusat membenarkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan kurang senang kepada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh menempelak kemahuan Nik Aziz itu.
“Mengapa membangkitkan isu itu (hudud) kerana ia hudud bertentangan dengan perlembagaan negara,” kata Karpal semalam ketika mengulas kenyataan Nik Aziz itu.
“Mengapa membangkitkan isu itu (hudud) kerana ia hudud bertentangan dengan perlembagaan negara,” kata Karpal semalam ketika mengulas kenyataan Nik Aziz itu.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menyokong cadangan Nik Aziz itu.
Musim pilihan raya
Manakala Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi percaya tindakan Umno dan BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat melalui isu hudud tidak akan berjaya.
“Mereka tidak akan berhasil justeru kematangan dan kedewasaan pemimpin Pakatan Rakyat membaca helah Umno dan BN,” katanya.
Nasharudin juga kagum dan menyokong kenyataan Nik Abdul Aziz yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam.
Beliau juga menegaskan bahawa isu hudud yang ditimbulkan itu menunjukkan pilihan raya telah tiba.
“Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru-harakan dan petir yang gegak gempita.
“Kini Umno dan agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.
“Mereka cuba alih isu dan pandangan rakyat lalu cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu hudud yang dicetuskan ini.
“(Tetapi) saya percaya tindakan mereka tidakkan berhasil justeru kematangan dan kedewasaan pemimpin Pakatan Rakyat membaca helah Umno dan BN,” katanya.-FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan