Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
02 Disember 2011
SAMM : 25,000 Booklet Isu Cincin Rosmah Telah di Edar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berjaya mengedarkan 25 000 booklet edisi pertamanya berhubung pendedahan isu cincin yang bernilai RM24.45 juta, kini dalam rangka usaha bagi menerbitkan booklet edisi keduanya tidak lama lagi.
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata selepas pendedahan pertamanya pada 8 Julai lalu, Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur yang dikaitkan dengan isu tersebut cuba menafikan dengan pelbagai alasan yang memalukan.
Namun dalam masa yang sama beberapa lapuran berita alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan mendedahkan keratan dokumen pihak kastam yang tertera nama isteri Perdana Menteri tersebut bertanggungjawab membawa masuk cincin tersebut ke negara ini berserta jumlah transaksi bernilai RM24.45 juta.
Berikutan itu 6 orang ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah kemukakan soalan mengenai cincin RM24.45 juta. Menteri berkenaan memberi jawapan bertulis parlimen dengan mengakui cincin itu memang wujud dan masuk ke Malaysia.
Maka situasi untuk pertahan wanita ini semakin celaru. Jawapan parlimen memberi makna jelas bahawa penafian yang mengatakan cincin itu tidak wujud adalah suatu usaha terdesak untuk menipu rakyat.
Selang beberapa hari selepas jawapan menteri di Parlimen, SAMM telah memperolehi borang 'K2' Kastam yang menunjukkan cincin itu keluar dari Malaysia dan SAMM juga menyiarkan borang tersebut dengan memfokuskan beberapa kekeliruan yang wujud dalam borang tersebut.
"Kami telah selesai mengedarkan 25,000 booklet tersebut. 12,000 diedarkan terus ke rumah - rumah kawasan majoriti Melayu oleh jentera SAMM termasuk Pekan Pahang. 8,000 risalah diedar di pelancaran risalah cincin di setiap negeri, 3,000 naskah diedar di ceramah dan 2,000 lagi diberikan terus kepada individu atau organisasi tertentu yang membantu edaran." kata Cikgu Bad dalam kenyataan medianya.
Menurut beliau, pendedahan ekslusif yang membawa isu cincin ini ke pengetahuan rakyat bukan atas rasa hasad kepada mana-mana individu tetapi bagi membongkar pelbagai salah laku dan pemborosan yang dilakukan oleh Umno/BN.
Mana-mana individu dan pertubuhan yang ingin membantu meringankan beban kos cetakan boleh terus menyalur dana ke akaun Solidariti Anak Muda no. 555041113224 (MAYBANK)
Tvsnews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan