Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
08 Disember 2011
Mahasiswa Hantar Memorandum Bantah Undang Perhimpunan Awam kepada PM
PUTRAJAYA- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan supaya membatalkan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang disifatkan menyalahi prinsip hak asasi manusia dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Mereka menuntut agar kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang kekangan undang-undang dan meminta polis memainkan peranan sebagai pengawal kepada proses demokrasi dan tidak membataskan hak rakyat.
Tuntutan tersebut dinyatakan di dalam sebuah memorandum bantahan yang dikemukan kumpulan mahasiswa itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Hampir 50 mahasiswa hadir bagi penyerahan memorandum tersebut dan mereka terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) Kumpulan Anti Mahasisiwa Indipendent (KAMI) Gerakan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dan Pro Mahasiswa Nasional (PRO-MN).
Pengerusi PRO-MN Mohd Syahid Zaini menyatakan terlalu banyak akta dalam negara ini yang menyekat mahasiswa dan akan mematikan suara mereka.
Katanya, mahasiswa yang sedia ada merupakan mereka yang celik intelek dan bukannya hanya menurut segala kehendak kerajaan semata-mata.
"Saya sangat yakin anak muda mampu memimpin negara satu masa kelak dalam keadaan yang lebih baik dan rasional berbanding pimpinan yang ada sekarang," katanya.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Safwan Anang menegaskan, mahasiswa akan terus berjuang supaya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dihapuskan.
"Kita kecewa diperingkat PM yang mengakatakan ingin memansuhkan AUKU akan tetapi dalam masa yang sama kerajaan merayu dalam kes UKM 4," katanya.
Beliau menambah, tindakan ini hanya akan meningkatkan kemarahan mahasiswa terhadap kerajaan.
Ujarnya lagi, amat memalukan sekiranya negara terus menghalang mahasiswa daripada berhimpun dan keadaan ini hanya mengakibatkan Malaysia tertinggal jauh dari sudut demokrasi.-Tvsnews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan