Jika syor oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak dilaksanakan, maka pilihan Raya Umum ke-13 akan ditentukan oleh pengundi hantu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bercakap pada Wacana Sinar Harian: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu, Lim berkata jika 'hantu' ditangkap barulah faktor lain yang akan menjadi penentu.
"Kita mahu apa yang dituntut oleh Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) menjadi kenyataan sebelum PRU13 dan biarlah ia berlaku secara adil dan telus.
"Kalau 'hantu' dapat ditangkap maka penentu kemenangan sesebuah parti bergantung kepada undi di Sabah dan juga Sarawak," jelasnya.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menambah undi Sabah dan Sarawak jugalah yang akan membolehkan parti mendapat angka ajaib 112 di Parlimen.
"Kita Pakatan Rakyat berharap rakyat di Sabah dan Sarawak berani membuat perubahan bagi mencari satu kelainan dalam pemerintahan yang akan datang.
"Rakyat seharusnya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk parti itu membuktikan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang dilaksanakan akan bersikap telus tanpa ada sebarang unsur rasuah serta kroni," sambungnya lagi.
Dalam pada itu Lim Guan Eng juga secara berseloroh memberitahu, Pakatan Rakyat memang tiada pengalaman dalam mentadbir sebuah kerajaan yang besar tetapi Pakatan Rakyat juga tiada pengalaman dalam mengamalkan rasuah serta kroni dalam pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Sementara itu Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar menyifatkan PRU13 adalah bergantung kepada Umno-Barisan Nasional.
"Kalau pada pilihanraya 1999 kita melihat pengundi Melayu menjadi penentu, manakala pada 2008 pula era di mana undi kaum Cina pula penentu kepada kebangkitan Pakatan Rakyat.
"Tetapi untuk PRU13 ini pula ia bergantung kepada Umno-Barisan Nasional, yang mana pada julung kalinya PSC menuntut agar ada perubahan pada sistem pilihanraya dan ini nyata kerajaan terpaksa mengakui bahawa selama ini jelas wujud kelemahan di dalam sistem pilihanraya di negara ini," jelasnya.
Tambah Nurul lagi, rakyat sekarang tidak kira apa jua kaum sedang menunggu adakah kerajaan sanggup melakukan perubahan seperti mana yang dituntut oleh PCS.
Selain Lim Guan Eng dan Nurul Izzahtiga lagi panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim dan Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Abu Hassan Hasbullah.
Manakala moderatornya adalah Dr Maszlee Malik dari Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).-Hrkhdly
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
14 Disember 2011
'Hantu' penentu PRU-13 jika syor PSC diketepi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan