Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.
"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.
"Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya.
Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.
Selain itu, MCA juga jelasnya dilihat terlalu lantang serta sanggup mencabar hukum hudud malah kadang kala menimbulkan ketidak senangan umat Islam bila mereka menyuarakan soal hudud.
"DAP lebih lembut bila berbicara tentang Melayu serta menyentuh tentang Agama Islam jika dibandingkan MCA yang terlalu kasar dengan kenyataan mereka malah tidak memperdulikan perasaan orang Melayu," jelas beliau lagi.
Mengulas kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu Mohd Kamal Sadin yang mengatakan hudud PAS tidak mengikut syariat, Khalid berkata pandangan itu hanya menunjukkan kedangkalan ilmu agama Mohd Kamal sahaja.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat agama menteri besar itu mengambarkan betapa rendahnya ilmu yang dimilikinya.
"Saya melihat beliau tidak layak menjadi penasihat agama jika sedemikian komen beliau terhadap hudud tanpa membuat kajian serta mengambil pendapat yang lain," sambungnya lagi.-Hrkhdly
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
09 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan