Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
30 Disember 2011
Najib Biarkan Anak Muda & Rakyat Muflis Di Masa Hadapan
Najib tidak akan mempedulikan anak-anak muda di masa akan datang yang
akan tergolong dalam kalangan Rakyat Termiskin di negara ini. Yang Najib tahu hanya pandai berkata-kata dengan penuh retorik bila berhadapan dengan anak-anak muda.
Najib langsung tidak mahu mencabar ramalan Anwar Ibrahim yang menjangkakan peningkatan bilangan rakyat termiskin, dengan pelancaran ETP (Program Transformasi Ekonomi). Amaran Anwar bahawa jurang pendapatan yang meluas akan memberi manfaat kepada hanya yang kaya dengan perbelanjaan tinggi dihadapi oleh golongan miskin.
Menjelang 2020, seramai lebih kurang 8 juta rakyat Malaysia sebahagian besarnya anak-anak muda sekarang, akan memperolehi pendapatan kurang daripada RM1, 500 sebulan dan akan dikategorikan sebagai golongan miskin di bandar.
Dalam tempoh antara tahun 2005 sehingga Mei 2010, seramai 80,000 kes muflis direkodkan. Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antara sebabnya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak, selain pinjaman peribadi.
Apa yang lebih membimbangkan ialah daripada jumlah keseluruhan yang diisytiharkan muflis, lebih 13,000 individu berusia antara 25 hingga 34 tahun. Mengikut laporan itu lagi, kebanyakan pemegang kad kredit adalah kalangan golongan anak muda yang menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan.
Masalah anak muda terutamanya graduan-graduan universiti di masa akan datang ialah sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN yang mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.
Kerajaan juga ujarnya, gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik. Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.
"Para graduan di Malaysia juga berdepan dengan kurangnya peluang pekerjaan serta persaingan yang sengit, bahkan gaji permulaan yang rendah jika dibandingkan dengan negara lain. Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah rakyat Malaysia sudah mencecah kepada RM577 bilion, yang bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Adakah Najib mengambil kisah semua ini di dalam Program Transformasi ETP beliau...? atau hanya Retorik beliau menipu orang-orang Melayu di kampong-kampong dan di Felda...?
Yang kaya bertambah kaya... yang miskin terus papa kedana... Najib tetap hidup di dalam penuh kemewahan....
Tetapi AWAS Najib !!! Anak-anak muda sekarang sudah bijak menilai....
Reformis Anak Muda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan