Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
25 Disember 2011
Keputusan bersalah Khir Toyo bukan tanda kerajaan serius tangani rasuah
K eputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo belum menandakan kerajaan dan pejabat peguam negara serius menangani rasuah.
Ini kerana, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah, keputusan sebenar hanya akan diketahui apabila kes itu dibawa ke peringkat mahkamah rayuan.
“Kalau kes ini menang di mahkamah rayuan, tidak ada gunanya juga. Kalau mahu melihat peguam negara serius atau tidak untuk menentang rasuah, kita perlu menunggu kes ini diputuskan di mahkamah rayuan,” katanya kepada Keadilandaily.
Menurutnya lagi, dalam kes rasuah pembelian tanah membabitkan Adun Sungai Panjang itu, mahkamah juga sepatutnya mendakwa kes-kes lain, termasuk dakwaan pemberian lot tanah yang diberikan Khir Toyo kepada kroninya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini kepada Khir, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati wujud kes prima facie ke atas pemimpin Umno itu.-K/Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan