Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.
“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.
Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat.
Tegasnya, sesiapa pun yang memerintah di peringkat Persekutuan wajib menghormati pilihan rakyat itu.
Shahrizat, ujarnya antara pemimpin BN yang kalah dalam pilihanraya lalu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil wang rakyat untuk kegunaan BN, apalagi jika tujuannya adalah atas kepentingan politik.
Sepatutnya, tambah beliau dana itu diberikan kepada ahli parlimen yang menang untuk diagihkan kepada rakyat, bukan kepada orang-orang yang sudah kalah dan ditolak rakyat.
“Jika dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas Shahrizat mengatakan isu National Feedlot Centre (NFC) tiada kaitan dengannya, kali ini MIC Batu mengesahkan isu terbaru ini memang ada kaitan dengan beliau,” katanya.
Justeru, tegasnya DPPWP mahu Shahrizat menjawab, bagaimana penyelaras BN Parlimen Batu, Yahaya Mat Ghani mendapat kuasa untuk menguruskan dana RM2 juta bagi parlimen itu.
Beliau mempersoalkan adakah Yahaya kakitangan kementerian dan ke mana dana RM2 juta itu dibelanjakan.
“Diharap Shahrizat boleh kemukakan segala resit dan bukti agihan yang dibuat atas nama kementeriannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Pakatan Rakyat,” katanya.-Hrkhdaily
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
10 Disember 2011
Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan