Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
05 Julai 2011
Senator Pakatan alu-alu dialog PM dan Bersih
Para Senator Pakatan Rakyat mengalu-alukan sebarang dialog di antara Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dengan pihak Bersih.
Merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam mengenai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, Senator Dr. Syed Husin Ali berkata, Pakatan Rakyat amat berharap Najib dapat mencari jalan terbaik dalam menangani isu ini.
Ini kerana katanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri sudah menutup pintu rundingan dan polis juga turut menutup pintu rundingan.
"Kami alu-alukan (nasihat Yang di-Pertuan Agong agar mengadakan dialog) dan kini terserah kepada Perdana Menteri dan kerajaan mencari jalan terbaik dalam soal Bersih ini," kata beliau pada disidang media di lobi parlimen hari ini.
Beliau juga berkata, keputusan samaada himpunan tersebut akan diteruskan atau tidak bergantung kepada pihak penganjur.
"Bersih akan tentukan berdasarkan respon rakyat. Yang saya tahu pada 8 hari bulan perdana menteri dan isteri akan keluar negara. Jadi samaada perhimpunan 9 Julai diteruskan atau tidak, saya tidak dapat menjawabnya," katanya yang juga bekas timbalan presiden PKR.
Sementara itu, Senator Mumtaz Md Nawi daripada PAS meminta kerajaan memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka secara aman.
Katanya, lapan tuntutan bersih itu melibatkan perubahan sistem demokrasi yang melibatkan rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti-perti politik.
"Ahli Parlimen dah nyatakan hasrat kami dalam Parlimen tapi tak dapat jawapan yang baik jadi sebagai rakyat mereka perlu saluran untuk mereka suarakan. Kalau mereka nak nyatakan dengan cara berjalan secara aman adakah ini salah?
"Lapan tunututan ini bukan untuk PAS, Umno, DAP, PKR atau Gerakan tapi ini untuk memastikan sistem yang digunakan dalam keadaan bersih," katanya.
Usul ditolak
Mengulas mengenai tindakan polis menangkap aktivis parti politik dan NGO, termasuk di bawah Ordinan Darurat, Syed Husin berkata perkara itu tidak boleh dilakukan kerana belum digazet di Parlimen.
"Kami menganggap tindakan polis menangkap beberapa pemimpin, parti PSM dan NGO adalah keterlaluan.
"Tindakan yang telah diambil itu seperti menangkap orang pakai baju kuning seolah-olah mengharamkan warna kuning adalah tidankan yang tidak boleh dilakukan kerana belum digazetkan di Parlimen," katanya.
Senator S Ramakhrisnan daripada DAP pula kesal usul yang dikemukakannya mengenai tindakan polis menahan beberapa beberapa orang wakil rakyat secara keterlaluan ditolak Dewan Negara.
Beliau berkata, usul tersebut ditolak dalam kamar tanpa memberi peluang kepadanya untuk membacakan usul tersebut dalam dewan.
"Ini perkara yang menyedihkan kerana perhimpunan ini melibatkan rakyat dan Yang di-Pertyuan Agong pun campur tangan tapi tak boleh bincang di Parlimen.
"Perdana menteri kata kena guna cara yang betul tapi di Parlimen yang merupakan penggubal undang-undang pun tak boleh bincang isu ini," katanya.-Hrkh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan