“Saya berfikir (melihat semua ini) orang awam mengambil keputusan bahawa segala tindakan ini tidak adil dan keluar untuk menyokong perhimpunan Bersih,’
Aktivis dan anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad membidas pendekatan kerajaan dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Marina Mahathir turut menyelar Perdana Menteri Najib Razak kerana begitu kritikal terhadap Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan penahanan Ahli Parlimen Sungei Siput D.Jeyakumar.
“Kerajaan sepatutnya bertindak dalam cara yang berlainan kerana isu yang terbabit bukanlah kontrovesial. Jikalau anda bertanya sesiapa samada mereka mahukan pilihanraya bebas dan adil, jawapan logik tentunya YA – tak kira anda disebelah mana (dalam kancah politik),” kata beliau.
“Sepatutnya kerajaan juga bersetuju menzahirkan keinginan sebegitu,” tambah beliau yang bersama anaknya dan ribuan rakyat Malaysia yang lain menyertai perhimpunan Bersih anjuran 62 pertubuhan bukan kerajaan.
Mereka menongkah tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis secara bertubi-tubi. Lebih 1,600 orang ditangkap dan seorang maut ketika cuba melepaskan diri daripada asakan polis itu.
Marina berkata pendekatan kerajaan terhadap perhimpunan Bersih membangkitkan kemarahan ramai orang termasuk pengundi atas pagar.
Beliau berkata Najib mengundang cemuhan rakyat apabila membuat serangan peribadi terhadap Ambiga.
Antara lain Najib menyifatkan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu sebagai musuh Islam yang harus ditolak semata-mata kerana beliau pernah membela anak guamnya dalam sebuah kes murtad.
“Keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka(polis) mula menangkap orang awam kerana memakai baju warna kuning dan menghumban Jeyakumar ke penjara. Beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada rakyat. Amat tidak adil untuk menuduh beliau kononnya orang Komunis,’ tambah Marina.
“Saya berfikir (melihat semua ini) orang awam mengambil keputusan bahawa segala tindakan ini tidak adil dan keluar untuk menyokong perhimpunan Bersih,’ tambah beliau.
Marina berkata beliau tidak memberitahu Mahathir tentang penyertaan beliau dalam perhimpunan itu kerana “kami masing-masing sibuk dengan jadual kami.”
“Namun kami berbincang mengenai isu-isu seperti ini. Beliau mempunyai pandangannya dan kami saling menghormati, itu saja,” tambah Marina.-Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
17 Julai 2011
Kerajaan Silap Tangani Bersih, Kata Marina
Labels:
Kata Marina,
Kerajaan Silap Tangani Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan