Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

10 Julai 2011

Ambiga, Abdul Hadi dibebaskan polis

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang tadi, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Iman – dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...