Tindakan ulama Jabatan Agama Islam (JAWI) menggunakan medium khutbah untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan BERSIH 2.0 dilihat mirip kepada tindakan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Tatkala masyarakat Mesir keluar beramai- ramai untuk mendesak Hosni supaya berundur dari tampuk pemerintahan, khutbah Jumaat di masjid- masjid berkumandang, menyeru dan melarang rakyat daripada berkumpul di Tahrir Square, untuk menyatakan pendirian mereka.
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkata demikian mengulas tindakan JAWI mengheret institusi masjid dalam cubaan membatalkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada minggu hadapan.
"Ini khutbah yang dipolitikkan. Jawi sepatutnya tidak buat begitu. Mereka perlu tahu apa tujuan (Bersih) dahulu dan merujuk kepada ahli ulamak. Ini dia buat sesuka hati sahaja.
"Ianya digunakan oleh (universiti) Al Azhar di Mesir untuk khutbah supaya melarang rakyat keluar ke Tahrir Square," ujar beliau ketika dihubungi Tv Selangor petang tadi.
Beliau berkata JAWI sepatutnya memelihara institusi agama Islam Malaysia bukannya diperalatkan rejim Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menyebarkan fitnah tanpa merujuk pandangan ulama-ulama seluruh negara.
Masjid- masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini dibekalkan teks khutbah Jumaat yang dipercayai mempunyai unsur menuduh penganjur Bersih sebagai “pengkhianat”.
Selain itu, teks yang dibacakan oleh imam-imam itu turut membayangkan peserta himpunan itu “akan bertindak ganas, merosakkan harta benda... malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan".
Antara lain teks yang bertajuk “Memelihara Nikmat Keamaman” itu turut menuduh golongan yang akan menyertai program Bersih hanya memperjuangkan kepentingan diri.
Ia turut mendakwa Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk “meniru” keganasan di negara asing demi menekan pemerintah.
Walaupun pengajur Bersih telah berulang kali memberi jaminan bahawa perarakan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti akan berlangsung secara aman, namun kerajaan Umno-BN bertegas menafikan hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru Mat Sabu tidak menolak kepimpinan agama khususnya Islam gagal mengasingkan diri dengan kepentingan politik.
"Rejim untuk menyokong rejim Mubarak, ayat yang sama juga digunakan seperti di Putrajaya. Ini semua ulama upahan Umno-Barisan Nasional," tambah beliau lagi.-Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
02 Julai 2011
Khutbah Jumaat Dipolitikkan Mirip Rejim Mubarak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan