Jawatankuasa Bersih 2.0 menasihatkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional supaya tidak menghenti akses kepada saluran komunikasi awam seperti telefon mudah alih, internet, perkhidmatan 3G mudah alih, laman web tertentu atau media sosial kerana ia tidak akan berjaya untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 di Stadium Merdeka Sabtu ini.
Bersih 2.0 mendakwa mereka terkejut apabila dimaklumkan matlumat perisikan bahawa mungkin ada sekatan ke penuh atau sebahagian di internet menjelang perhimpunan aman anjuran mereka hujung minggu ini.
“Jika diganggu dalam sebarang bentuk, pihak berkuasa akan kelihatan tidak berbeza daripada diktator di Timur Tengah yang telah menggunakan cara yang sama, tapi langsung tidak membawa kesan,” tegur Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 juga menggesa orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan bersejarah 9 Julai ini masuk ke pusat bandar hari ini atau pagi esok kerana maklumat perisikan menunjukkan bahawa pengangkutan awam akan ditutup, sama ada sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat dan/atau Sabtu.
Memerhatikan fakta yang mengejutkan bahawa permit bas ke Kuala Lumpur telah dibekukan, Bersih 2.0 berkata satu pelan rapi nampaknya sudah diusahakan untuk menyulitkan orang memasuki kawasan Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sesukar yang boleh.
Bersih 2.0 mengulangi komitmennya bahawa sebarang penindasan, ugutan dan halangan tidak akan dapat mencairkan keazaman untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang pada 9 Julai 2011 dan menjamin bahawa perhimpunan akan bersurai secara aman selepas itu.
“Sekiranya mana-mana langkah-langkah di atas yang menindas mula berkuat kuasa, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa akan menyaksikan sendiri keterlaluan yang terdesak dan tidak munasabah yang sanggup digunakan oleh kerajaan untuk pergi ke menghalang pilihanraya yang bersih dan adil.
Kerajaan juga tanpa ragu-ragu kena bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan perniagaan, kehilangan keyakinan dalam masyarakat pelaburan, dan kehilangan muhibah yang lengkap ke arah kedudukan politik dan perdagangan di Malaysia,” tegas Bersih 2.0.
Semalam, setelah pihak kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkir janji untuk membenarkan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan awam di stadium, Bersih 2.0 mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan muktamad tanpa kompromi untuk meneruskan perhimpunan aman mereka di Stadium Merdeka pada 2 petang 9 Julai ini.
“Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.
“Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami.
“Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali,” kata gerakan itu dalam satu kenyataan lewat semalam.
Bersih 2.0 juga mengingatkan bahawa tanggungjawab mereka yang paling penting sekarang adalah untuk masa depan dan anak-anak kelahiran negara ini, dan untuk memastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.
“Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.
“Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik,” tambahnya.- Hrkahdaily
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
08 Julai 2011
Sekat komunikasi awam tidak halang himpunan Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan