Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan memastikan hak untuk berhimpun seperti mana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan dilaksanakan.
Dalam kenyataannya, Bersih 2.0 menegaskan tujuannya berhimpun esok adalah jelas untuk menuntut supaya kerajaan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
“Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.
Bersih katanya menuntut 8 perkara untuk pembaharuan pilihan raya iaitu pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya serta politik kotor.
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.
“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih baik,” kata gabungan itu.
Justeru itu, Bersih membuat ketetapan berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok meskipun berdepan larangan polis yang memberi amaran menangkap mereka yang menyertai perhimpunan itu.
“Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi,
kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.
“Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan itu lagi.
Menurut gabungan itu adalah amat penting rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor ke jurang yang lebih jauh.
“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.
“Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia.
“Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,”
katanya.-K/Daily
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
09 Julai 2011
Kami akan tegakkan hak perlembagaan untuk berhimpun- Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan