Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.
Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.
"Tindakan ini nampak sangat menunjukkan pihak kerajaan BN ini takut. Sebab apa yang mereka takut, kami rasa pendedahan dalam kes pembelian Scorpene dan kes melibatkan penyalahgunaan kewangan dan sebagainya. Dan besar kemungkinan kerana kaitan dengan isu pembunuhan Altantuya," katanya.
Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.
"Kita tidak faham kenapa mereka perlu sebegitu rupa. Sedangkan apa yang dilakukan ini adalah secara sah. Tiada isu yang bolehkan beliau dihantar pulang begitu sahaja. Beliau masuk ke Malaysia dengan pasport, dengan notis dan sebagainya," kata Latheefa.
Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.
Dalam pada itu Sekretariat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu, Buordon dijadualkan membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam rangka mendedahkan penemuannya berhubung skandal pembelian kapal selam tersebut, selain menghadiri majlis makan malam anjuran SUARAM bagi mengutip dana untuk menampung kos guaman di Perancis kelak.
Semalam Buordon sempat berucap di Bayan Baru, Pulau Pinang dan malam ini pula, beliau sepatutnya menjayakan majlis yang sama di Petaling Jaya.
Fadiah berkata, meskipun Buordon dihantar pulang malam ini ke negara asalnya, majlis makan malan mengumpul dana itu tetap akan diteruskan.
"Kita akan teruskan dengan program malam ini, tiada pembatalan dan kita tetap akan teruskan juga," katanya.
Fadiah juga membidas sikap pegawai imegresen yang memaksa buordon menandatangani pelbagai dokumen berbahasa Melayu termasuk dokumen persetujuan penahanan selama tiga hari.
Namun setelah dibantah, penahanan itu dibatalkan.
"Apa yang terjadi keatas William Bourdon ini jelas suatu tidak munasabah dan diluar batas undang-undang kerana tiada langsung alasan yang diberikan kenapa beliau ditahan, ini juga secara tidak langsung mengambarkan kerajaan Malaysia begitu takut dan ada sesuatu yang ingin disembunyikan," katanya.
Pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002.
Isu pembelian kapal selam ini juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.
Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.
Semalam Bourdon memperincikan jumlah komisen yang diperolehi daripada jumlah RM7.3 bilion nilai kapal selam Scorpene akan didedahkan apabila perkara tersebut dibangkitkan di perbicaraaan rasuah terhadap DCNS di Perancis nanti.
Bercakap pada majlis makan malam di Penang semalam, Bourdon berkata kes berkenaan akan turut mendedahkan maklumat terperinci mengenai pertemuan sulit melibatkan beberapa individu.
Beliau berkata dirinya dan pasukannya dari Sherpa, sebuah badan bukan kerajaan bertekad untuk mendedahkah maklumat tersebut bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat kebenaran dan keadilan.-Tvsnews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan