Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

03 Mei 2011

Video Lucah: PKR alu-alukan saman Hishamuddin


Anwar telah membuat penafian dan laporan polis tapi belum ada tindakan diambil terhadap Datuk T. Kenapa polis bersikap "double standard"? Jika dibuat andaian kemungkinan ketiga Trio ini dilindungi oleh pemimpin peringkat tertinggi.

Parti Keadilan Rakyat mengalu- alukan hasrat Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas mengaitkan Menteri Dalam Negeri itu kepada video seks 'Datuk T'.
Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata langkah Hishamuddin itu hanya akan membuka pekung di dada mengenai konspirasi Umno-BN untuk mengaibkan Anwar dan memaksa beliau berundur dari politik.

"Kalau Hishammudin nak teruskan saman, itu terpulang pada dialah. Kita tahu bahawa pada 1998 UMNO BN buat konspirasi yang melibatkan badan kehakiman, melibatkan polis untuk mengaibkan dan memenjarakan dan memusnahkan kerjaya politik Anwar," kata Surendren.


Pertengahan Mac lalu, 'Datuk T' yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar berkata gandingan Datuk T tentunya tidak dapat menayangkan video lucah itu secara terbuka tanpa perlindungan polis dan restu daripada Umno.

Susulan itu, video berkenaan disebarkan menerusi Internet dan kini dikirimkan menerusi pos kepada pihak-pihak tertentu.

Selain daripada itu, pihak tertentu juga menayangkan video berkenaan di balai raya di seluruh negara dan kepada peserta Biro Tata Negara.

Risalah-risalah mengenai video itu juga diedarkan namun tidak mengundang sebarang tindakan daripada polis.
Seorang pegawai kanan polis juga dilaporkan telah memberi taklimat kepada guru-guru di Kelantan untuk menyakinkan sektor awam bahawa Anwar adalah pelaku video itu.

Pada masa sama, belum ada tindakan diambil terhadap Datuk T, sungguhpun Anwar membuat penafian beliau adalah orang dalam rakaman itu dan telah membuat laporan polis.

Sebaliknya Peguam Negara meminta polis untuk mengambil keterangan tambahan daripada Anwar yang tidak ada sangkut paut dengan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu.

Surendran menegaskan Hishammudin seharusnya menjawab mengapa wujud banyak konspirasi mahu menjatuhkan Anwar sejak beliau dipecat dari Umno dan kerajaan BN.

"Kenapa ada kospirasi sejak dari tahun 1998. Kenapa ada sodomi 1, sodomi 2, sekarang fitnah video seks. Adakah Hishammudin berani beri kenyataan bahawa pihak kerajaan dan polis tidak terlibat ?,"
Surendren menambah, dokongan luar biasa rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menggerunkan UMNO BN.

"Datuk Seri Anwar hendak membawa perubahan dan pembaharuan kepada negara dan menghapuskan rasuah dan kronisme."

Surendren juga menolak tuduhan rapuh Hishammudin bahawa Anwar bertindak mengaitkan dirinya dengan konspirasi video berikutan tidak mampu menjawab soalan wartawan berhubung isu itu.

"Beberapa sidang media telah diadakan. Penjelasan cukup penuh telah diberi mengenai video seks dan mengenai semua aspek. Semua sudah diterangkan. Berkali- kali kepada semua media," katanya lagi.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...