Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.
“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.
Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.
Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.
Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.
Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.
Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.
"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.
Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.
"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.
Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".
Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.
Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.
"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.-Tvsn
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
05 Mei 2011
Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan