Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
02 Mei 2011
Dipecat Utusan tapi "saya terus berjuang," kata Hata Wahari
KUALA LUMPUR 2 MEI : Sebagaimana yang dijangka, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad kerana kononnya melanggar syarat perkhidmatan dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan polisi syarikat.
Hatta menjadi sasaran Utusan selepas lantang mengkiritik tahap kebebasan akhbar arus perdana di negara ini, khususnya Utusan yang disifatkan beliau lebih untuk mengangkat agenda Umno dan bukannya maklumat yang benar kepada rakyat.
Beliau dilihat sebagai Presiden pertama NUJ yang berani menegur pengurusan Utusan yang disifatkannya terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno sehingga menjejaskan kewibawaan Utusan sebagai akhbar yang mencerminkan suara orang Melayu.
"Maknanya keputusan ini membuktikan, apabila kita memperjuangkan sesuatu yang positif iaitu kebebasan media inilah risiko untuk mana-mana wartawan. Kalau kita lantang sikit inilah yang berlaku," kata Hatta.
Walaupun dipecat, Hatta akan terus menerajui NUJ sehingga pemilihan untuk penggal baru diadakan.
"Ini bukan satu tanda nokhta untuk saya memperjuangkan kebebasan media di negara ini. Saya akan lebih agresif untuk memperlihatkan agar media dapat dibebaska, bukan setakat membantu wartawan dalam industri ini tetapi juga untuk mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat media adalah penyumbang ketiga terbesar dalam negara. Di Malaysia industri media tertutup dan tidak menyumbang kepada negara," kata beliau.
"Walaupun saya dibuang kerja, perjuangan ini tidak akan berhenti . Saya harap kawan-kawan terus bersama dengan saya memperjuaangkan perkara ini" tambah Hatta.
Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.
"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Hata yang menyertai Utusan pada tahun 1995, dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari terhadap pemecatan itu.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Pada 3 September 2009, Utusan turut memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati salah atas tuduhan menfitnah syarikat itu bersabit aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- Tvsn
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan