Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu memberi penjelasan mengenai tindakan pegawai kanan polis yang menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali, berhubung tindakan pegawai kanan Polis, SAC 1 ,
Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen memfitnah Anwar dengan menyatakannya terlibat dalam video seks fitnah.
Ucapan itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “isu-isu keselamatan negara masakini’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di Kelantan.
“Beliau (Hishamuddin) sebagai menteri yang bertanggungjawab tidak boleh berdiam diri apabila pegawai kanan polis menyebarkan fitnah dan propaganda berlandaskan kepada fakta yang tidak betul dengan menyampaikan ceramah kepada guru-guru untuk menyebarkan fitnah.
“Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian. Sedangkan setiap laporan perlu disiasat dan episod siasatan itu dianggap sulit sebelum kertas pendakwaan diserah kepada pendakwaraya,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.
Katanya, tindakan Hishamuddin yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana dikaitkan dalam video itu merupakan satu lagi justifikasi bahawa pihak polis hanya menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.
“Dari awal lagi kita tahu Polis tidak bersungguh untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Anwar. Polis hanya menjadi perkakas dan alat kepada penguasa,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam isu itu. Malah katanya, Ismail turut senyap dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan Anwar.
“Dalam isu ini saya merasa hairan mengapa Ketua Polis Negara cuba melarikan diri, sedangkan Timbalan nya Khalid Abu Bakar pula kelihatan ke depan dengan membuat kenyataan terhadap Datuk Seri Anwar.
“Apakah ini ada agenda sebaliknya. Apakah Ketua Polis negara sendiri tidak bersetuju dengan video fitnah maka kuasa beliau cuba diambil oleh pihak eksekutif iaitu menteri dengan menggunakan timbalannya untuk dijadikan alat supaya diperkudakan Umno- Barisan Nasional,” katanya.
Menurut Shamsul, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran juga perlu memberi penjelasan mengapa golongan guru dipergunakan dalam siri kempen fitnah berkenaan.
“Timbalan Perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme perguruan dan menjaga guru-guru, apa relevannya peranan guru-guru yang dihidangkan dengan video lucah sedangkan teras dalam hal perguruan adalah untuk mendidik pelajar menjadi masyarakat yang bertamadun,” tegas beliau.-K/Daily
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
05 Mei 2011
Polis kempen fitnah Anwar: Hishamuddin, KPN perlu jawab
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan