Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

06 Mei 2011

Umno sekongkol dengan MCA yang anti Islam


Kuman di seberang mereka nampak jelas namun malang gajah di hadapan langsung mereka tidak nampak" adalah bidalan Melayu yang ditujukan kepada Umno apabila mereka berkawan dengan MCA yang anti Islam.

Bidalan ini dikutip oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin bin Hassan dalam satu tulisan beliau yang menarik mengenai hubungan antara kedua-dua parti dalam BN itu.

Kenyataan Nasrudin ini datang ketika Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak 'memujuk' PAS agar menyertai BN atau sekurang-kurangnya meninggalkan Pakatan Rakyat khasnya DAP.

Nasrudin membariskan semua kenyataan pimpinan MCA mengenai Islam termasuk memperlekehkan agama Islam itu sendiri yang kononnya berkaitan dengan kemunduran dan sebagainya.

Berikut adalah tulisan penuh Nasrudin.


1. Kata sindir dan sinis orang melayu seperti "kuman di seberang mereka nampak jelas namun malang gajah di hadapan langsung mereka tidak nampak" adalah sangat tepat untuk dikirim secara terhormat kepada Umno dan seluruh kepimpinannya. Ianya bertujuan untuk menginsafkan UMNO bahawa dulu dan kini [harap tidak selamanya] mereka bersekongkol dengan MCA sebuah parti cauvanis yang anti Islam.

2. Sebelum ini Presiden MCA Chua Soi Lek pernah menghina Islam secara terbuka dengan menganggap kononnya negara - negara Islam tidak progresif, mengamalkan rasuah, miskin dan mundur. Sementara UMNO dan pemimpinnya tidak berbuat apa - apa terhadap kenyataan yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan ummatnya.

3. Sewaktu berkempen di DUN Tenang menghadapi pilihanraya kecilnya tempohari, Presiden MCA itu sekali lagi menunjuk sikap anti Islam apabila memperkecil dan mempersenda langkah calon PAS Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi sebagai kolot dan ketinggalan zaman. UMNO dan pemimpinnya bukan sahaja tidak memberi gambaran jelas mengenai Islam kepada MCA tetapi juga tidak pernah mengambil tindakan tegas untuk membendung perkara seumpama itu berulang.

4. Terbaru, saat Presiden UMNO dan Barisan Nasional Datuk Seri Najib menyelar PAS kononnya langkah yang diambil oleh PAS untuk bersama dengan DAP hanyalah akan merugikan Islam, disamping melemparkan tuduhan kononnya PAS telah menggadai prinsip perjuangan Islam dan memujuk supaya PAS menyertai Barisan Nasional, tiba - tiba lantang suara Presiden MCA memberi amaran kepada PAS agar tidak memperjuangkan Islam dan cita - cita menegakkan negara Islam jika mahu menyertai Barisan Nasional.

5. Terkedu dan bungkam sejuta bahasa Datuk Seri Najib dek penangan Chua Soi Lek. Amaran Chua Soi Lek itu tidak dilihat hanya kepada PAS tetapi lebih dekat ianya dihalakan kepada Presiden BN sendiri agar tidak mendekati PAS justeru PAS memperjuangkan Islam.

6. Usahlah UMNO risaukan PAS bersama Pakatan Rakyat. Tahulah bagaimana PAS yang berpedomankan Al Quran dan Sunnah pula dipimpin oleh para alim ulamak menjaga diri dan kesucian perjuangannya. UMNO wajar memberi tumpuan kepada MCA sebagai kompenan Barisan Nasional yang lantang menentang Islam. Rawatan segera mesti diberikan oleh UMNO kepada MCA yang kini sedang mengalami radang Islamophobia yang serius. Usah larikan diri dari realiti lalu melemparkan tuduhan pada pihak yang lain demi menyembunyikan kelemahan sendiri.

7. Bukan sahaja MCA yang sangat anti Islam, kelihatan UMNO sendiri tidak jelas fahaman dan sikapnya terhadap Islam. Lebih kurang 50 tahun UMNO bersama MCA, nyata UMNO masih gagal untuk memahamkan MCA mengenai Islam. Kalaupun mereka tidak menerima Islam, sekurang - kurangnya MCA tidak berlaku biadab dan kurang ajar terhadap Islam dengan mempersendakannya dikhalayak.

8. Malang apabila UMNO gagal dan culas untuk memberi contoh yang baik kepada mereka. Tiada langsung rasa hormat MCA terhadap Islam adalah ekoran sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang tidak cakna agama dan menjadi tauladan kepada mereka dalam tempoh persahabatan mereka yang begitu lama. UMNO mesti ambil tanggungjawab ini.

9. Saya nasihatkan para pemimpin UMNO agar tidak lagi menyibukkan diri mereka dengan urusan rumahtangga orang lain dan tidak pula menyukarkan hidup mereka dengan mengatur rancangan jahat bagi mencerai beraikan rumahtanga orang. Ambillah masa yang berkualiti ini untuk memberi ilmu dan mendidik ahli keluarga [kompenan] sendiri dan apa yang paling penting ialah masa untuk diri sendiri dekat kepada Islam dan perjuangannya.

10. Rakyat kini bijak menilai. Mereka nilai dengan siapa PAS berkawan dan dengan siapa pula UMNO berkawan ? Berapa lama UMNO berkawan dan bagaimana natijahnya dan berapa lama pula PAS berkawan dan bagaimana pula natijahnya ? Begitulah juga dengan tindakan overkill yang dilakukan oleh UMNO akan kembalikan nilaian positif rakyat kepada PAS dan rakan - rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sementara politik lucah, politik jijik, politik fitnah dan politik tohmah yang diasaskan oleh UMNO dan BN kini membosankan rakyat. Generasi baru hari ini terutama "gen Y" sangat mendambakan politik tulus dan telus. Politik suci dan murni. Politik yang berteraskan akhlak dan fakta.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...