Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
02 Mei 2011
Papan Iklan Akan Jadi Tempat Rujukan Rakyat Selangor - Khalid
SHAH ALAM 2 MEI : 56 Papan iklan yang bakal didirikan kerajaan negeri Selangor akan menjadi tempat rujukan rakyat negeri ini kelak.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata papan iklan yang akan ditempatkan disetiap DUN seluruh Selangor itu bukan sahaja memaparkan polisi dan pandangan kerajaan negeri berhubung gesaan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bahkan juga akan menerangkan dengan terperinci apakah itu program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Papan iklan Selamatkan Malaysia; Mansuhkan ISA itu dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
"Papan iklan yang akan kita dirikan itu sudah tentu boleh digunakan untuk menayangkan iklan Selamatkan Malaysia, Mansuhkan ISA. Kita juga boleh manfaatkan papan iklan itu untuk menerangkan apakah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),
"Sudah tentu papan iklan itu akan menjadi tempat rujukan rakyat Selangor berhubung perkembangan dan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Pembinaan papan iklan yang menelan belanja sekitar RM600 ribu diluluskan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
Kos pemasangan papan iklan ini menggunakan peruntukan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).
Manakala projek pemasangan dan pembinaan papan- papan iklan akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar- akhbar utama.
Pemasangan papan iklan ini sejajar dengan Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Putrajaya iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya tidak percaya orang akan menghalang pembinaan papan iklan ini. Kerajaan negeri ada kuasa untuk membina papan iklan ini dan semestinya ia didirikan untuk memberi maklumat kepada orang ramai," kata Khalid.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien menyifatkan peruntukan RM600 ribu oleh kerajaan negeri untuk pembinaan papan iklan itu sebagai membazir dan tindakan terdesak kononnya mahu mengalih perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapi PKR.-Tvsn
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan