Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.
Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.
“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.
Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.
“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.
Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.
Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.
“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.
Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.
“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.
“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.
Shuhaimie memaklumkan, KEADILAN Selangor akan membuat laporan polis berkenaan pengedaran VCD lucah itu pada hari Jumaat jam 11 pagi di IPD Shah Alam.-K/daily
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
26 Mei 2011
VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan