Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
09 Januari 2012
Walau apapun Jadi Esok DAP Tetap Mahu Anwar Sebagai Perdana Menteri
DAP sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Rakyat walau apa pun keputusan mahkamah esok.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun ramai yang memberi tumpuan kepada keputusan mahkamah tinggi esok, yang lebih penting bagi masa depan Pakatan adalah pilihanraya umum yang akan datang.
"Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif dan walaubagaimanapun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya.
"Tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar Ibrahim tetapi kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita," katanya dalam ucapan beliau semasa pembukaan mesyuarat agung tahunan DAP di sini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Amin Ali, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, wakil pimpinan daripada PSM, Dr Nasir Hashim dan Setiausaha Agung, S. Arutchelvan dan beberapa deligasi daripada luar.
Masa depan politik Anwar akan bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi esok berkenaan kes tuduhannya meliwat bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan.
Jika Anwar didapati bersalah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan dihalang bertanding dalam pilihanraya bagi tempoh beberapa tahun.
Sementara itu, Lim mencadangkan agar DAP meminda perlembagaan parti untuk melanjutkan pemilihan parti selama 6 bulan untuk membolehkan Kongres Kebangsaan Parti diadakan di bulan Disember dan bukan Ogos tahun ini.
Ini supaya parti itu boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihanraya umum yang akan datang.-Tvsnews
advertisement
Login
Follow the discussion
Comments (2)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan