Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
15 Januari 2012
Beku akaun NFC bukti pendedahan KEADILAN benar
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat
KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.
“Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku. Kalau fitnah, beku buat apa?” kata Anwar.
Anwar berkata demikian dalam respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat masa ini.
Najib juga dilaporkan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar untuk meneliti bagaimana penyelewengan itu boleh diselesaikan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membuat pendedahan bersiri penyelewengan NFC yang menerima pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang jadual pembayaran balik.
Rafizi juga bertanggungjawab mendesak agar akaun NFC dibekukan sementara menunggu siasatan ke atas NFC berlangsung.
Anwar selanjutnya berkata kelambatan pentadbiran Najib masuk campur dalam penyelewengan wang oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti jelas Umno tidak boleh diharap menjaga kekayaan negara.
“Umno tidak boleh diharap jaga khazanah negara,” kata Anwar.
Anwar juga berkata tindakan membekukan aset NFC itu tidak akan dibuat Najib jika tiada desakan bertubi-tubi daripada KEADILAN.
“Saudara, bayangkan tanpa suara anak muda Pakatan Rakyat, apakah mungkin akan ada sedikit pun tindakan? Tidak akan berlaku,” kata Anwar.-K/Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan