Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
09 Januari 2012
Anwar : Perjuangan Ini Bukan Untuk Saya
Di dalam ceramahnya yang terakhir sebelum menerima keputusan mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru rakyat mendokong dan memenangkan Pakatan Rakyat walaupun dia di penjarakan atau dibebaskan.
Sambil mengulangi kenyataan yang dia tidak bersalah, Ketua Pembangkang itu tegas berkata perjuangan beliau bukan untuk dirinya tetapi ia adalah perjuangan Pakatan Rakyat.
"Samada ada saya didapati bersalah atau tidak, dipenjarakan atau tidak, adalah tidak penting kerana perjuangan menegakkan keadilan adalah perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat."
"Ini bukan soal Anwar, Anwar hanya simbol. Anwar tidak adapun perjuangan tetap akan diteruskan," Anwar berkata di dalam ucapannya di depan lebih kurang 5,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini semalam.
Hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Di dalam ceramahnya, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata Pakatan sudah bersedia menghadapi pilihanraya ke-13 dan ketiga-tiga parti gagasan itu telah mencapai persetujuan di dalam banyak perkara.
Tambah beliau, hanya sedikit perkara seperti pengagihan satu atau dua kerusi yang belum selesai.
Anwar juga yakin dengan sokongan yang diberi rakyat dan ketetuan Allah.
"Kalau dalam penjara atau di luar, di atas atau di bawah kamu akan dilantik dengan izin Allah. Kita yakin dengan kekuatan Allah dan bukan manusia," dia berkata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan